Pages

July 31, 2019

Port Makan Petang..Pawana Jerai Resort


Kali ni nak share port makan petang + dinner area Kg Ruat , Yan. Dah 4 kali makcik repeat n paling last pergi weekend lepas..

Makanan kat sini boleh tahan sedap..dihias cantik n yang paling penting view kalau time sunset tu sangat cantik..kawasan pun luas + ada 3 chalet mengadap laut..setakat ni xpernah lagi bermalam tapi pernah lah tanya harga RM150/nite..

Menu pun banyak tapi setakat ni pernah order nasi goreng sempoi..chicken grill n chicken chop n harga pun berpatutan..

Kat sini privacy sebab kawasan persendirian sesuai lah nak makan2 dengan family..cuma jalan nak masuk tu kecik sikit kena hati2 sebab jalan tak bertar..kalau nak mudah pakai google maps je confirm sampai..just search Pawana Jerai Resort








May 14, 2019

Jom ke Sakom,Thailand makan-makan lagii..




Cuti hari buruh 1 Mei lepas makcik pergi Sakom makan2 lagi sebelum posa..dah posa nanti takut teringat pulak kan..alang2 sah masuk thailand lajak terus ke Songkhla n Hatyai reronda sebelum balik Penang..

Ikutkan ni dah kali ke 5 jjcm sakom masuk melalui border durian burung then balik keluar ikut bukit kayu hitam..boleh la singgah danok dulu beli barang dapur sikit..duit memang berhabis untuk makan je pun..memang xde nak shopping kain baju ke beg tangan ke apa2 lah..

Kali ni bawak sekali mertua..disebabkan diorang tak pernah masuk thailand lagi kami repeat je lah pergi tempat2 yang kami dah biasa pergi..sampai border dalam 11 pagi camtu nasib lah orang tak ramai walaupun public holiday..kejap je lah urusan tuu..gerak ke sakom terus.

Sekarang dah xde servis tukar duit baht kat stesen minyak buraqoil tu dah..cuma boleh buat insurans je..tapi jangan risau lepas border ada money changer belah kiri..ada kedai2 kecik jual makanan jugak senang nak cari..just tnya orang thailand yang sesama beratur nk cop passport tu diorang bagitau..



Sebelum check in singgah cocoone beach dulu..just ambik pic tak penah pun try makan lagi kat restoran tu.Kami prefer makan kedai biasa2 je ambik angin laut dan jauh lebih murah..

Cuaca panas terik time kami sampai tuu..






Cocoone ni masih cantik mcm dulu dan terjaga..ada chalet siap pool cuma mahal sikit lah..apapun maisoon resort tetap dihati walaupun cinonet je bilik dia..tapi view superb!

Next macam biasa kitaorang check in maisoon resort..sementara bilik nk ready jalan kaki makan kat restoran sebelah..tempat biasa aman seafood.








Cantik kan..sape sangka dengan caj 600bhat semalam dapat view cenggini betul2 depan laut..seriously berbaloi..buktinya dah repeat 5kali huhu..macam biasa untuk dinner kami beli kat pasar malam berdekatan..rambang mata!

Esok nya balik singgah masjid kat songkhla yang ala2 taj mahal tu..singgah hatyai jap lalu depan lee garden pastu singgah danok pulak pergi asean cultural village bagi bebudak ni mandi water splash..makan n shopping..sedar2 dah malam keluar dari border bukit kayu hitam..







February 12, 2019

Mencari ketenangan di Sakom,Thailand..Part 2



Sambungan dari Part 1

Ok kalau dah sampai Sakom apa je korang boleh buat kat sana?? 

Sakom ni bukan lah pesat membangun macam hatyai..tak de lah tempat shopping ke night bazaar jual baju bajan semua..suasana ala2 kampung gitu, malam2 tu memang sunyi lah tak happening tapi jalan dia luas ok separate line siap mcm hiway ye..so tak boleh cross line nak u-turn sesuka hati.


1st bila dah selesai urusan cop passport kat border Ban Prakob buka google maps dulu dan makesure buat rooming siap2 lah senang sikit..lepas sikit dari tugu welcome tu ada sekatan askar..jangan gelabah diorang tak check apa sangat pun just tanya nk kemana selalunya..kebanyakan boleh je cakap melayu.

Disebabkan kami selalu gerak sebelah pagi, so masih banyak masa sebelum check in..mula2 akan pergi Coco One Beach tu dulu senang jalan sehala je dari situ nak ke Maisoon Resort tempat kami bermalam..


Sepanjang perjalanan tu tak de apa yang menarik sangat..tak sesak tapi makesure jangan over excited cilok sesuka hati..jangan pelik pulak kebanyakan bawak moto tak pakai helmet pun kadang tu naik bertiga pun ok jer..

Actually Coco One Beach tu dalam kampung je kot..siap lalu kebun getah bagai tapi takde lah ke dalam sangat..dalam tu ada restoran halal & ada lah chalet tapi agak mahal 2500bht..area situ pun ada resort lain tapi tak menarik n agak lama tak ceria je tengok..pasal resort cantik n murah saya stay next entry pulak k..


Ni kat pintu masuk..cantik kan? ramai je yang datang bergambar tapi tak makan n check  in situ..diorang tak kisah pun..

So marilah bergambar dulu..pastu pergi shopping ikan kering pulak.







*Pic random sebab dah pergi 5x huhu..


Bersambung next entry..

December 19, 2018

Mencari ketenangan di Sakom,Thailand..Part 1


Kenapa tajuk entry kali ni mencari ketenangan di Sakom?

Yaa..Sakom salah satu destinasi yang dekat dari kampung saya Kuala Nerang dan sempadan Durian Burung -Ban Prakob perjalanan lebih kurang 45min camtu. Urusan disempadan pun mudah sebab orang tak ramai langsung, dah 5x masuk melalui situ xpenah sesak lagi..tapi dinasihatkan jangan lah pergi weekend plus school holiday memang mana2 sempadan pun akan sesak tambah2 Bukit Kayu Hitam..tapi kalau korang jenis yang tahan sabar beratur 2-3 jam silakan..

Kalau drive sendiri segala urusan insurans kereta boleh buat dekat stesen minyak belah kiri jalan lepas kilang gula..tak ingat pulak letak mana bisnes card..cuma bawak salinan geran kereta diorang akan buatkan semuanya..kos dalam RM16 untuk 9hari..boleh je kalau nak buat untuk 6bulan ke 1tahun terus..tapi setahun berapa kali sangat kau nk travel ke Thailand kan..

 

Selain tu of course lah kena ada border pass or passport..kami anak beranak memang guna passport je sebab masih berbaki 3tahun cmtu..so kena guna sesungguhnya baru berbaloi.Pastu kena isi blue card tapi selalunya bagi agen insurans tu je yang isi kesemuanya sebab malas nak isi plus tak paham sangat..bayar rm2 untuk sorang settle masalah..nak lagi mudah boleh je wasap diorang gambar geran kereta n pasport sehari sebelum pergi..nanti bila smpai tak payah tunggu lama benda dah ready..

Situ pun boleh tukar duit baht, rate last haritu pergi 7.80 nampaknya makin merosot je matawang kita..tapi kalau tukar kat sebelah Thai boleh jadi lagi rendah kebiasaannya n disarankan tukar siap2 jumlah yang secukupnya dan lebih2 kan sikit..mana tahu ada emergency ke..keta rosak ke..terlebih shopping ke apa dah ada backup n tak cukup2 makan lah orang kata..tapi tipu lahh kalau duit tu akan melebih..tetap habis! 


Bagi yang lalu tol Alor Star utara nak ke border Durian Burung..jarak dalam 60km camtu dan akan lalu Kuala Nerang..jangan risau keluar tol kat traffic light belok kanan..terusss je korang sampai lah ke sempadan..

Perjalanan sangat lah tenang sampai lah ke Sakom..kalau yang penah ada pengalaman masuk Thailand dari Bukit Kayu Hitam tu tau lah serabut n sesak dia macam mana..so kalau nak relax santai2 boleh cuba ke sakom pulak..suasana kampung,ambik angin laut,makanan yang sedap dan murah..majoriti penduduknya Islam dan boleh cakap melayu..pantainya bersih laut membiru.














August 23, 2018

Hijrahku..Doakan saya


Ni adalah entry pertama untuk tahun 2018..lamanya tak kongsi cerita kat sini, nampaknya blog pun dah semakin dilupakan sejak dah ada IG..blog ni pun dah tenggelam timbul tapi sebenarnya blog masih ada pembaca & ada yang pm untuk tanya info..thanks

2018 jugak membawa perubahan dalam kehidupan seharian saya dan alhamdulillah Allah bukakan hati dan jalan untuk berubah..ke arah yang lebih diredhai Allah dan juga suami yang tak pernah berhenti memberi sokongan,dorongan dan juga banyak nasihat dari awal perkahwinan kami sehingga dah cecah hampir 12 tahun..

Saya sendiri tak pernah sangka dan terdetik di hati..tapi syukur ya Allah..hidayah itu milik Allah dibukakan hati saya untuk lakukan hijrah pertama dalam diri untuk berniqab..keputusan yang besar dalam hidup saya..pada mulanya ada sedikit ragu2,risau separuh jalan..terpikir juga pandangan orang..penerimaan keluarga..tapi itu soal kedua 


Kisah hijrah saya bermula pada 2016 ada kempen cover aurat macam gitu lah..masa bawa anak2 jenjalan di taman..hati saya terdetik untuk dekati diorang yang kesemuanya berniqab berjubah..saya cuba pakai niqab dan jubah yang disediakan..dari situ Allah jentik hati dan tanpa sedar saya menangis bila ditanya apa perasaan saya pada ketika itu..ya pertama kali saya menutup aurat dengan sempurna..

2016-2018 satu perjalanan yang agak lama..berperang dengan perasaan sendiri..masih ego..masih was2..

Yang utama adalah soal hati..saya takut saya tidak ikhlas kerana Allah..suami tak pernah memaksa cuma risau hati akan berbolak balik..tapi tak sangka niat untuk berubah tu Allah hadirkan saya kekuatan untuk lakukan langkah pertama..walaupun saya masih ragu2 pada awal 2018 dihadirkan perasaan dan keinginan untuk cuba..saya jadi sangat suka dan tenang tengok wanita berniqab dan pakaian sopan..saya beli niqab pertama secara online dan cuba2 pakai bila di rumah..

Akhirnya saya bagitau suami nak cuba pakai diluar rumah..dan dari situ lah bermula dari cuba2 akhirnya saya ambil keputusan untuk berniqab..cuma saya tak dibenarkan pakai pada waktu bekerja atas tuntutan kerja..ada pekeliling tidak membenarkan bagi penjawat awam..tapi itu bukan faktor penghalang..yaa niqab bukan lah kewajipan..saya akur. Weekend saya bebas jadi diri sendiri..

Syukur dipermudahkan segala urusan..family tak pernah menghalang..kawan2 turut memberi sokongan..ada yang bertanya untuk kepastian samada memang saya dah berniqab ke? saya cuma mohon doakan yang baik2 saja..moga saya terus istiqamah dan tidak dibolak balikkan hati untuk terus berubah..

Saya sentiasa rindukan hari2 minggu saya..bebas berniqab kemana saya pergi..saya bebas daripada pandangan2 liar lelaki..pandangan sinis wanita..tak siapa pun yang pandang dan endahkan saya..yaa itulah tujuan dan hikmah wanita berniqab..terhindar dari fitnah dunia..

Baru saya sedar..wanita yang menjaga aurat dan pandangan dari lelaki selain suami..rasa lebih dihormati..bila berurusan diorang akan jaga percakapan,pandangan dan tunduk tanda menghormati..Alhamdulillah dipermudahkan urusan saya..

Saya doakan sesiapa yang baca post ini..dibukakan hati anda semua kearah yang lebih diredhai..bila kita dah mula hijrah baru kita akan sedar betapa lalai..ego dan betapa ruginya kehidupan kita yang lalu..tapi tu bukan faktor penghalang manusia boleh berubah dan hidayah itu milik Allah..