Pages

February 16, 2013

Cactus Valley @ Cameron Highland

Cactus Valley ni adalah tempat terakhir yang kami lawat sebelum balikk..lepas check out hotel,lagipun masih awal n kami pun xplan nak balik penang terus..holiday belum habis hehe..sebabnya kami akan menyinggah ke Kuala Kangsar n bermalam di rumah opah..termasuk aktiviti sampingan lain :p

 
Kali ni pergi..aku suruh hubby parking kat bawah jaa..xnak dah parking kat atas,cerun dia curam sangat seram giler time nak turun..xpe la aku sanggup menapak naik ke atas..boleh tahan jugak la penattt..

Nak masuk cactus valley ni kena bayar..xsilap rm6 lebih kurang gitu la..ingat2 lupa dah..kat sini banyak la jugak koleksi cactus..tapi bagi aku biasa2 ja..aku lebih prefer taman agro yang kat sebelah cactus valley tuh..lagipun free je nak masuk..layan je la sebab last aku masuk sini masa sekolah dulu haha..ingatkan lagi better rupanya sama jer..


Mula2 sesi bagi ikan makan dulu..makanan dia kena beli yer,situ ada jual..kesian pulak aku menengok ikan2 ni macam xcukup makan ja..pelahap betol,tuan xbagi makan cukup kot..dah siap bagi makan mulakan aktiviti disitu snap pic lebih kurang..





 Haha nak jugak tepek muka sendiri kan..nasib la hubby aku layan kan ajer bila suh amik pic..haha gila gambar betul...

Bila dah bosannn..meninjau tempat ni,kami gerak ke taman agro kat sebelah pulak..baru la semangat sket..serius tiap kali ke cameron aku memang suka pergi situu..geram aku tengok sayur salad ke apa nama dia..hentam je la kan..sangat fresh n gebu sangattt..rasa macam nak pergi ramasss jaa..xcaya tengok sendiri..



Dah penat jalan singgah la makan kejap kat cafe situ..makan ringan2 untuk alas perut..orang pun dah mula ramai..


Time ni tangok strawberry pun dah xlalu dah..siang malam sejak pergi sama keja dok pelahap strawberry cicah coklat..amik kau..ok settle holiday 3hari 2malam di Cameron Highland..


February 10, 2013

Galeria Time Tunnel @ Cameron Highland..



Sebelum ni aku pergi Cameron Hinghland dah berapa banyak kali dah...tapi ni first time aku n hubby jejakkan kaki ke TIME TUNNEL nih..maybe sebelum ni xpenah ambik tau or xperasan kat sini salah satu tempat menarikk..sure mengimbas kembali kenangan lama korang masa kecik2 dulu..lebih2 lagi zaman mak bapak kita..


Bayaran masuk cuma rm5 sorang..boleh bergambar tapi awas yer..jangan terlebih posing sudahhh kang ada yang pecah ke patah siap ko nak bayar ganti rugi ke apa..barang2 tuu sure la mahal kalau rosak..mana ko nak cari???






Serius best masuk dalam tu..susun atur yang sangat menarik..ada banyak barangan lama yang aku sendiri pun xpernah tengok..maklum la aku pun lahir zaman 80-an..tapi yang pastinya mampu membuat kami tersenyum mengimbas kembali kenangan zaman kanak2..




Bagi sesiapa yang masuk galeria time tunnel ni akan dapat diskaun 20% untuk minuman di cafe time tunnel..memang dahaga pun,so apa lagi kan..emm sedappp harga berpatutan..


 

Selesai aktiviti petang tu..kami balik hotel untuk berehat n solat..sebelah malam meronda ke pasar malam brinchang pulak..walking distance je dari hotel..walaupun bukan musim cuti sekolah,hari jumaat pun sudah cukup sesak disana..

Agrotechnology Park, MARDI @ Cameron Highland..

Hii semua..xabis lagi citer Cameron yer,sabo je la meleret-leret citernya..salah satu penyebabnya malas n banyak aktiviti di hujung minggu..kalau weekday lagi la malas,asyik nak zzzzzz...memalam :P

Pendek  citer..kalau pergi Cameron jangan lupa masukkan Agrotechnology Park,Mardi ni dalam itinerary korang yer..tempat ni xkurang menariknya..kat sini ada taman herba,bunga-bungaan pelbagai jenis,buah-buahan,sayuran dll..bayaran pulak rm3 sorang..landskap pun menarik..


Mula2 kami reronda kawasan kolam n kebun bunga dulu,pastu pergi kawasan sayur-sayuran pulak..tapi semuanya walking distance jaa..cuma berpeluh sikit la sebab sekarang ni cameron dah xsejuk dah..





Suka sangat tengok bunga-bungaan yang pelbagai jenis n berwarna-warni di sana..cuacapun elok jaa..boleh la explore lebih sket..sebelum ni dah pernah pergi..tapi kerap hujan,xsempat nak jalan habisss.. 



Di sini jugak kita boleh beli pelbagai barangan hasil pertanian dan produk tempatan yang dikeluarkan oleh usahawan dibawah seliaan Mardi. Di buka sepanjang hari sehingga pukul 5 petang.Kat situ aku cuma beli homemade sabun yang diperbuat dari carrot..untuk cuci muka katanya.. :)

Dah penat berjalan..kami pun beredar nak pergi check in hotel lain pulak kat Brincang..


February 5, 2013

Cameron Valley


Destinasi pertama kami lepas check in kat RPP adalah memergi ke Cameron Valley dulu..cuaca pun elok jer..sesuai nak beriadah.Tak sah la kan kalau pergi CH xmenyinggah ke ladang teh..minum teh kat cafe ladang teh sendiri,tapi kan..mahal xhengattt.teh tarik segelas rm5.50 yer..belasah je la bukan selalu pun..boleh diterima akal lagi kott haha..

Untuk kali ni kami pilih untuk pergi  ladang teh kat area Kuala Terla..belum pernah singgah lagi.. sebelum ni dah banyak kali pergi cameron bharat..ok jugak kat sini,tepi jalan jer..orang pun xramai..view yang sangat menarik..

Suka sangat pemandangan kat sini..dari jauh nampak pokok2 teh ni bagaikan rumput karpet..

Menyempat lagi dok berposing..si rayyan nih cam biasa suka buat aksi2 sendiri..apa2 je la..pening jugak nak kepong dia..xduduk diam lari sana sini..maklum la kawasan tu agak berbukit..merbahaya jugak..







Kat sini jugak ada jual teh macam2 jenis n bermacam2 perisa..aku macam biasa,beli perisa strawberry ja macam selalu..tapi aku perasan kat sini harga dier lebih mahal dari kedai2 biasa yang berderet tepi jalan..mahal sket je la..barang2 cenderahati pun ada jual gak..tapi aku xjenguk pun..ntah la kali ni pergi aku xberminat nak beli apa2 pun..cuma beli teh sekotak n sayur sket..holiday kali ni bertujuan nak hilangkan kejap stress kerjaaa..nak habiskan masa bersama family..


 pic ni rayyan yang snap..haha dah boleh harap..

 
 




Sebelum balik ke tempat mieginap..singgah kejap kat kea farm beli bekalan strawberry..sedapp kalau cicah coklat,aku dah siap2 bawak sebotol hershey's dari rumah..untuk jugak kalau pergi time kedai dah nak tutup..murah sangat n fresh lagi,maybe diorang nak habiskan stok untuk hari tu..makan sampai tengok strawberry pun dah naik muak..
 

February 3, 2013

Cameron Highland : Rumah Peranginan Persekutuan


Actually percutian ke Cameron Highland dah jadi macam aktiviti tahunan la pulak..setiap tahun mesti pergi sejak kami  kawin..honeymoon pun dekat cameron jugak yer tapi masa tu stay kat Strawberry Park..nak kata boring tiap tahun pergi pun tak jugak..sebenarnya bagus untuk release stress n anak aku pun suka pergi sana..

Setiap kali pergi sana selalunya kami pilih RPP..khas untuk kakitangan kerajaan,under JPA,murah sangat..tempat ni privacy sket,terletak kat atas bukit..xder bising2,bilik yang cantik n sangat luas..sangat selesa bagi family yang ada anak kecik..sebelah RPP ni ada ladang strawberry,kat situ ada jual jem strawberry yang sedapp..mesti cuba kalau pergi sana..

Xsilap aku ni kali ke 5 atau ke 6 kami stay kat situ..kalau sesapa yang stay kat sini pasti puas hati..kalau nak compare dengan hotel2 lain yang harganya boleh tahan..nak parking pun susah..kat sini kami cuma spent rm25 untuk semalam..murah camtu pergi tiap tahun pun xpe kan..maximum boleh booking 2 bilik..tapi yang xtahannya setiasa penuh..kena booking awal setahun hahah..jenuh menunggu..so kena plan awal la yer..semuanya booking online  di    RPP

Kali ni kami cuma dapat booking untuk satu malam jer..untuk keesokannya kami check in hotel lain..kebetulan RPP ni baru lepas renovate..katil n lain2 ada yang ditukar baru..cantik xmacam dulu :)





 


Original Chicken Chop..


Nama restoran ni original chicken chop..so memang resepi original la kot.Hubby aku memang suka makan chicken chop,dia kata sedap so memang sedap la kottt..aku memang xberapa gemar makanan western n bagi aku semuanya rasa lebih kurang ja..

Tapi yang bagusnya kat sini ada jugak masakan panas yang lain selain western food,dekorasi kedai yang menarik..banyak lampu warna warni yang mampu menarik perhatian..servis pun xmengecewakan n paling penting harga yang berpatutan tapi sedapp..untuk sepinggan chicken chop cam kat atas tu cuma rm8..murah tak??

Rasanya restoran ni memang famous dah di kalangan penggemar western food area teluk air tawar..selain Aidys.Hubby aku yang beriya sangat nak try makan kat situ..ok memang worth it :) 

 

 oren jus pun sedap..rasa buah yang fresh