Pages

May 23, 2013

My blood type is O+ ...


Oohhhh aku yang berdarah O+...jom tengok personaliti aku mengikut kajian hahaha...

Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.

 

Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah O

* Berbicaralah dengan semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi.

 * Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan optimis.

 * Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya.

* Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan.

* Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.

May 18, 2013

Mommy's Day Out..


Semua tu kawan opis aku..geng mak2 belaka..macam besa la aktiviti hari jumaat kami,sapa2 bawak keta panjang je la kaki nak meronda sampai ke queensbay nun..selalu nk jimat masa kami makan mcD ja..tapi bila dah selalu sangat,rasa nk muntah dahhh..

Ronda punya ronda last skali decide makan chicken rice shop je la senang..orang pun xramai senang nk lepak2 gosip2 gelak2..masing2 pelahap dah lapar punya pasal,semua nak order..termasuk la aku ni,of course la jenis makan kuat..padahal dah hentam nasik lemak time breakfast :P


 

Aku order nasik ayam roasted n singapore pie tu share ngn kawan lg sorang..nasik bagi aku berbaloi la rm6.99 xsilap sekali air..pie tu 6 ketul ja pun rm9.boleh tahan jugak la..amboi komplen banyakkk...nak murah kena buat sendiri la ye.aku dah penah buat,senang yang amat..

Bab rasa pulak..boleh la nak makan..bagi yang suka chinese food ok la kot.. aku makan jadi xde perasaan sebab tekak melayu..

Lepas makan we all menyempat lagi window shopping hehe..sekian :P 

My Pink!

 
 
Haha..dah la pink,tinggi xhengatttt...feminin lah sangatt,tapi selesa ok.Aku sekarang ni xde pilihan dah..dah la kasut saiz 8, susah tul la nk cari kasut kalau ada yang  berkenan xde saiz pulak tension betul kan?nak kata tinggi xpulak tapi kaki je dok memanjang bagai..lagi satu hal kena pakai wedges ja skrg ni or flat shoes..rasa xselesa sangat kalau kasut bertumit..
 
Biasa la jalan bukan nk lenggang2..ke sana ke mari sibuk memanjang..tapi lagi teruk, kat dalam opis aku belasah selipar jepun ja haha..pernah terserempak big boss,dia tnya aku nak pi mana ni?? pastu tengok selipar aku haha..sentap!
 
Tapi xserik ok..janji keja siappp,dah semua nak cepat kan?  kasut2 over pink bagai ni eksyen time pergi n balik keja ja hahaha....

May 3, 2013

Bila dah cuti..

Ari ni saja aku cuti..nk relax2 la konon..anak pun antar pergi sekolah..bila dah cuti anak pulak xde,rasa malas yang amat..malas masak..malas kemas..malas keluar..abis tu keja laparrr..malas nk kuar sanggup la makan apa yg ada..bedal je la kopok lekor yang ada..grape pn ada..tengah ari beli nasik bungkus..bila anak balik lapar la pulak dia..haha kesian! nasib la anak..ibu ko malas huhu..kita makan nasik bungkus ja la..malam ni pun nk keluar pun jalan mesti jam.masing2 nk balik kampung mengundi..aku pun xterkecuali,kali ke 2 nk mengundi..esok pagi baru balik..
Selamat mengundi..

1st Photobook...

 
Yeayyy...photobook yang aku citer ari tu dah sampai..teruja giler tau! bukan aper sebab aku yang edit sendiri tu yang xsabar nak tengok tu..lagipun harga memang xboleh percaya haha rm10 jer..mula2 aku cakap kat kawan2 sorang2 buat dek ja..termasuk la hubby aku..dah la aku ni bukan tau pun bab2 edit ni apatah lagi nak kreatif..ni pun aku edit sket2 malam2..puas jugak la nak abis 20 pages,mau dekat seminggu haha...

Bila dah sampai kat tangan memang surprise sangat..risau jugak pic tu xclear ke apa..tp not bad jugak la..kawan2 teringin jugak nak beli n edit sendiri..sorryla yer promotion dah abis..nanti kalau ada lagi kita beli lagiii..hubby aku pun tengok cam syok plak..ape ingat xreti sangat ka haha..padahal semua dah ada software aku just mix n match ja :P tapi seriously kena ada kreativiti jugak klu x, nampak xceria pulak..

So nak tengok tak?? mesti korang dok pikir camna la rupa photobook yang murah bangat ni hehe..ni cuma promosi ok..harga sebenar rm60..kalau nak tau bila ada promosi sila la rajin jenguk website pixajoy..


 
Ok tunjuk sket2 dah la..bukan cantik sangat pun aku edit..semua ada 20 pages so dapat muat banyak jugak la pic..jenuh la kau dok korek balik pic2 lama..lain kali boleh buat lagi..thanks pixajoy!

Jom buat sendiri!

 
 
 Aku ni memang suka makan pedas..ari tu pergi tesco beli barang dapur sket..tiba2 nampak cili hijau,nampak fresh berkilat-kilat plak tu..tiba2 jer datang idea nak buat sendiri cili jeruk...lama dah xbuat stok dalam fridge..kalau ada ni,bertambah la sket selera.Aku suka makan cili jeruk ngn keowteaw goreng n bihun goreng...ngan nasik goreng pun aku belasah jugak! 




 

Murah giler kan cili hijau sebanyak tu 90 sen jer..memang berbaloi kalau buat sendiri..bukan susah pun..kepada yang xtau meh aku nak share cara nak buat ok..

Cili tu potong bulat2 ke cmna ikut suka korang la..masukkan cuka, garam n gula..simpan dalam botol.Ok siap!