Kisahnya trip kali ni bukan yang dirancang sangat pun..pergi pun last minute dah dekat sangat nak posa.Rentetan dari kisah aku keguguran sebelum tu..mulanya just nak pergi round KL saja..sebab aku rasa cam perlukan rest sket..rasa penat sangat ngn keja kat opis yang xpenah abisss..rasa nak lapangkan dada kejap..so hubby cadangkan kami pergi melaka sekali,alang2 kami dah pergi sana..lepas ni xtau bila pulak nak pergi kan...ok jugak,sebab aku pun last pegi time form 5 dulu nun haha..
So kerja google2 ni diserahkan pada aku untuk cari mana2 hotel yang sesuai..alhamdulillah berkenan satu hotel yang agak baru..MarinaWell nama hotel tu..kebetulan ada promosi just rm98 semalam untuk bilik standart..murah lah lagipun kami nk stay semalam jer..
Seperti yang dirancang kami bertolak pagi...sampai sana lebih kurang 3 petang..aku ni tiba2 dok selsema n sakit kepala pulak..maybe sbb dok dalam keta agak lama n cuaca panas lagi..rest kejap kat hotel.Nasib la hotel ni kawasannya ok..tenang sket.Aku mula2 lalu area town aduhhh..rasa serabut giler!! weekend lah katakan,dengan jammed n jalan pun sempit..dengan nak cari hotel lagi..
Bila aku macam dah ok sket kepala nih..lepas mandi air suam2 rasa fresh la jugak..kami keluar around 6 petang..ronda2 kawasan sekeliling tengok2 apa yang menarik..sebelum tu cari kedai makan dulu,lapar sangat dah..memandangkan kami pun xfamiliar dengan area situ,agak susah jugak kami nak cari restoran melayu yang berkenan di hati..last2 singgah kedai chinese muslim.emm not bad masakan dia walaupun agak mahal sket tapi nasi goreng seafood yang aku order tu banyakkk sangat sampai xlarat abis..lepas ni kalau pergi mesti singgah lagi..sorry dah lupa pulak nama kedai tu haha..apadaaa
Dah kenyang semua..baru la ada mood nak meronda kan?? tempat 1st kami singgah kat tepi laut berdekatan hotel jugak lah..amik angin kejap n blah..
Lepas tu pergi area riverside pulak..sini tempat tumpuan utama pelancong..tempat2 nak melawat pun berdekatan jer..boleh jalan kaki..kalau xlarat sangat boleh naik beca yang dihias cantikkk aku n hubby naik rasa mcm dok atas pelamin la pulak hahah..aku choose yang hello kitty gituuu..rm25 pusing2 sket n suh dia antar pergi kat ship yang besar tu..senang keja,xpayah jalan2 dah..nak pergi naik river cruise pulak..tiket rm10 sorang..
Jenuh jugak la beratur nak beli tiket river cruise tu..nasib la xlama sesangat n bot pulak bopa puluh orang ntah la sekali angkut..masa round ngan bot pulak around 45 min..mula2 tu aku excited jugak sebelah pergi..bila patah balik aku naik boring la pulak..apepun view sekeliling sungai tu sangat cantik..dengan lampu2 yang colourful n dinding bangunan pun dilukis cantik..awesome!!
Then sambung pergi meronda kat jonker walk pulak..janggal la pulak rasa..kesemuanya aku tengok chinese jer..melayu ada la bopa kerat..penjual pn of course la chinese..aku cuma beli selipar sepasang n casing note aku ja..sourvenior pun menarik kat situ..harga xpasti mahal ke x..satu pun aku xbeli..
Setakat tu je la aktiviti untuk hari tu..esoknya sambung ronda2 lagi..