Pages

November 28, 2013

Info untuk saya dan semua..

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-

1. Susu dengan ikan

2. Cuka dengan susu

3. Buah-buahan dengan susu

4. Daun salad dengan ikan

5. Bawang putih dengan bawang merah
(jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6. Daging segar dengan daging kering

7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka

8. Cuka dengan nasi

9. Buah delima dengan serunding

10. Telur dengan ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.

**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)

2. Senaman sebelum makan.

3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4. Jangan makan buah selepas makan.

5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)

9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.

**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa "perut adalah punca penyakit". Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Setelah google banyak artikel/blog kesihatan, ini hasilnya untuk nota sendiri dan sebaran. Namun begitu, tiada rekod/citation sumber asal dicatatkan (jadi kesahihan tips ini masih boleh diragukan, wallahualam).

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum
Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan
Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.

Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

3. Cara Minum
Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat
Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

Tahukah Anda
Apa Yang Kita Tahu, Apa Yang Kita Tidak Tahu?

Kita tahu...
kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan bahawa kalau nak dapatkan vitamin B, kalau nak tambah darah dalam badan, kita kena makan hati haiwan atau hati ayam.

Kita tidak tahu...
sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kita tahu...
kita diajar di dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Kita tidak tahu...
sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad s.a.w selain susu dan madu.
Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Malahan, Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita tahu...
kita diajar kambing mempunyai tinggi kolesterol.

Kita tidak tahu...
kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad s.aw. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Yang sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Kita tahu...
kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus.

Kita tidak tahu...
sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG,
kolesterol dan paling banyak lemak tepu trans.

Kita tahu...
para kafir juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tidak berkhasiat,
contohnya coke dan maggi.

Kita tidak tahu...
Coke tu sangatlah beracun, ianya sangat tidak bagus untuk kesihatan. ini kerana ianya mengandungi paras gula tinggi, sifatnya yang berasid, pH dalam lingkungan 3.5, malahan ada racun tersembunyi.

Kita tahu...
mereka menguar-uarkan kebaikan minum soya.
sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar,

Kita tidak tahu...
sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab di dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. soya juga ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas.

November 25, 2013

Sesekali Berdua..

Seminggu dua ni anak xder..antar umah mertua,kesian anak aku xde sapa nak jaga..sekolah cuti,tadika dia pun cuti jugak..walaupun baru 4thn dah feeling cuti sekolah ok!!

Yang si anak tu xkesah punnn..si ibu ni la berat ati nak lepas anak..dah la sorang tu je terkontang kanting..macam separuh jiwa aku hilang bila anak xder..

Emm tinggal la kami berdua jer kat umah..boring la pulak,jadinya aku ikut la hubby kena duty malam ni..tapi sesekali berdua tu ok jugak..teringat balik zaman berdua dulu2..

Kejapnya masa berlalu..dah nak masuk 7 tahun kami kawin!! emm..apa plan next anniversary???


November 23, 2013

Sabo Je laa..


Nampak tak kucing kat celah pokok atas kitchen cabinet aku tuh?? Amboi bukan main ko duduk2 santai yer..tu bukan kucing aku okeh..sabo je la dok mai menumpang pulak..

Hubby aku letak nama Rota haha lantak laa..sesungguhnya aku amat tensiii ngan kucing ni..pantang aku bukak pintu mesti dia keja nak pecutt masuk dalam umah..kalau aku nak halau bukan main degil lagi,setakat ko tolak2 ngn kaki xjalan punya..boleh dia buat keras badan pulak..aku senang jer,amik bulu ayam n kejar haha..macam lawak pun ader.Pagi2 nak pergi keja satu hal lah nak intai kalau dia dah masuk dulu duduk bawak sofa ke apa...riuh aku kejar dia!! pernah dia pecahkan pasu aku,sebabnya aku terkunci pintu xsedar dia ada dalam umah..ampehhh!!

Tapi korang jangan salah paham..aku xdera pun ok..hehe aku acah je la kang mengada-ngada..hubby n anak aku cam suka plak..tiap ari bagi makan ikan siang malam..emm aku ok je la setakat ni selagi kucing tu xbuat hal dalam umah..anggap je la buat kebajikan moga2 murah rezeki..xgitu??




November 8, 2013

Happy Weekend at Penang Hill

 
Actually kalau weekend aku n hubby dah xtau mana nak pergi dah area penang ni..tapi nak duduk kat rumah je pun boring yang amat..asyik2 aku masak n laki aku asyik makan haha..gemok memang dah gemok pun..pikir punya pikir pergi jugak la penang hill haha..tapi ok jugak la sebab ajak mertua sekali,happening la sket..dari pergi 3 beranak je..

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1454942_10202236711816194_1272990678_n.jpg
 

Tiket dewasa rm7 ehh betul ke tak?? haha hubby yang uruskan aku naik jerr..syukur masa kami naik turun kabel car tu elok je..tup2 seminggu lepas tu masuk berita dah rosak camna ntah ramai yang terperangkap!! Apapun semuanya selamat..kalau aku kat tempat diorang tu pun suspens jugak ler..
View kat atas puncak tu memang best..sejuk jugak la cuma xde la apa2 aktiviti menarik sangat yang boleh buat..just round sekeliling n makan abc sempoii..haha trademark diorang kot..abc memang meriah n colourful.
 
 
 
 Kat atas tu ada owl museum tapi kami xpenah masuk pun..so xtau nak citer la best ke x..tapi aku geram sesangat bunga-bungaan yang diorang tanam kat sekeliling penang hill tu..ala2 cameron sangat!

November 7, 2013

Pulau Sapi,Kota Kinabalu

 
Hari ke 3 di KK kami pergi pulau sapi..ikutkan hati aku prefer pulau manukan lagi..tapi memandangkan sebelum ni dah pergi situ,kali ni hubby nak try ke pulau sapi pulak..tiket bot pergi balik 3 beranak lbh kurang rm90 termasuk tax semua la..emm boleh tahan jugak la kan..ape nak buat haha..
 
Bila ingat2 balik kenangan naik bot tu macam serik dah aku nak naik lepas ni..macam nak keluar abis urat perut aku asyik terhempas dek ombak laut..dah la laju abis..adooii azab sungguh,senak perut aku oii!! kalau xcaya korang rasa la sendiri baru leh cakap..haha

Memang xdinafikan pulau2 di sabah ni memang cantik giler..dua beranak ni dok berendam berjam2..aku jugak la yang melepas..tengok je la diorang ni mandi..


 
 
Kebetulan time kami sampai pulau tu macam ada family day pulak..agak penuh jugak la pulau ni dek pelancong..dugong2 terdampar pun banyak la bersidai tepi pantai..kecik besor semua ada haha..cuci mata betol!!
 
 
Aduhh time balik sekali lagi azab naik bot..yang tengah preggy tu jangan la cuba2 la nak gagahkan diri naik jugak..kang boleh terberanak kat pulau pulak!

Tagal Fish Spa,Kg Luanti

 
Tagal fish spa ni pun salah satu tempat menarik kalau dah sampai ke Kundasang..boleh terus pergi fish spa ni alang2 dah sampai sana..lagi pun satu jalan je kalau dah bercadang nak ke hot spring..
 
 Macam biasa nak masuk sini haruslah kena bayar..Tiket fish spa ni RM5 sorang untuk rendam rendam2 kaki..RM10 untuk mandi bagi ikan2 tu gigit badan buang sel2 mati kot.. masa diorang bagi 15 min je n masuk berkumpulan tak boleh lebih 50 orang xsilap..
 
Ikan dia besar2 n jinak..mula2 tu geli jugak tapi bila ikan2 tu asyik dok gigit kaki tu rasa pedih2 pulak..tapi serius best!! 
Kat situ jugak ada diorg jual makanan ikan..boleh la menjamu ikan2 tu makan sure berkerumun datang..
“Tagal” dalam dialek Kadazandusun,  bermaksud ‘dilarang memancing’.  Tujuan utama dari ‘tagal’ adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk manfaat generasi masa depan. Tetapi ingat, ikan disini tak boleh ditangkap sesuka hati!