Pages

June 18, 2015

Birthday date..

Syukur..dipanjangkan usia hingga ke hari ini,offically dah genap 30 tahun..masuk 30 series dah! macam sebelum2 ni memang ala kadar n xde la husband aku buat surprise ke apa..haha memang tak lah kot..cuma kalau birthday aku n hubby akan ambik cuti so kami spend time together..

Dipendekkan cerita aku n hubby cuma amalkan birthday date..tu pun aku rasa dah cukup bermakna..anak2 sorang hantar nursery,sorang lagi ke tadika..actually xde plan pun nak pergi mana2,mulanya ingat just nak pergi breakfast n uruskan lesen aku nk kena renew baru..tiba2 boleh pulak pergi penang naik feri..

Lama gile kot xnaik feri naik bas semua..sejak2 kawin hampir 9tahun xnaik feri penumpang n bas..kengkonon nak date yang adventure la sikit..kami park kereta kat jetty pastu menapak pergi naik feri..semput jugak la kena jalan kaki bleh tahan jauh..

Sampai sana naik shuttle free pulak ke 1st avenue..walaupun penat tapi enjoy sebab dah lama xrasa pengalaman tu,boleh jalan pastu gelak2 sebab rasa cam janggal n jakun xtau nak naik bas mana dah..tapi xde hal la sebab semua bas lalu komtar..cuma masa nak balik tu pepandai la tanya orang nak tunggu kat mana..kang pergi tempat lain pulak..

 

 

 
   
 

June 15, 2015

Jadi personal shopper pun boleh..

Ni nak citer beli jubah murahhh..murah la sebab dapat harga borong.Abis xpasal2 la aku tetiba jadi personal shopper pulak,tapi kira berjaya la jugak dapatkan 12 helai nak dapatkan harga borong tu..

Kisahnya si hikmah opismate aku ajak beli jubah,mula2 aku xkisah sangat la sbb baju dah berdozen siap tumpang almari husband lagi..pastu dia wassup gambar..ehh macam berminat lah pulak..tapi syarat kena ambik 12 helai..contoh kalau kat butik rm140 kalau borang dapat rm70 murah giler la kan??

Abis tu takkan aku nak belasah sorang 6 helai ngan si hikmah kan..abis aku canang kat group wassap opis haha..jenuh jugak menghandle benda alah ni..penin pala aku! kejap nak itu kejap ini..pastu nak tukar n then xde saiz pulak then tukar lagikk..

Last2 proceed je mana yang cukup 12 helai tu utk 1st batch ni..nanti tunggu2 lagi abis xde saiz kempunan haha..actually sapa2 nak buat bisnes n letak nama sendiri memang cmni caranya pastu letak harga gila2..untung kan?

Jubah ni brand raffel by felinna nasib la butik tu jalan aku lalang pergi balik keja..mula2 tu aku pergi usya2 dulu tgk kain camna pastu baru kitaorang order..alhamdulillah semua puas hati..

 

 
https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xpa1/v/t1.0-9/1604924_10206741643476670_7630798529831747009_n.jpg?oh=a99a77bea1804ea6688bf3f760e8e166&oe=55E6587A 



June 4, 2015

Bukit Merah Laketown Resort..

Last week aku n kawan2 opis pergi family day kat bukit merah waterpark..kira ni macam aktiviti kelab kakitangan bendahari,USM laa..ada lah dalam 10 kali diorang buat aktiviti sekali jer aku join hahaha..tak boleh harap!

Asal diorang ada aktiviti aku memanjang jer la ada alasan..ni ntah la mood apa pergi join pulak..kalau nak ikutkan hati aku ni,xmau pergi ni..tapi kesian jugak kat rayyan pastu best jugak pergi ramai2..kalau ikutkan aku n hubby memang xminat ke situ..lagi berbaloi kot pergi tambun kan..

Aku sebagai ahli pergi free je la..hubby kena bayar rm30,rayyan pulak rm25..angkut jugak adik ipar 2 orang bagi ramai sikit..nanti boring pulak kan..ikutkan usm ada sediakan bas,tapi kami drive sendiri je konvoi 5biji kereta ngan kawan2 lain..konvoi la sangat kan,berterabur jadinya haha..

Bagi aku aktiviti hari tu tak menarik..ye la anak kecik xbleh mandi,xbleh nak reronda tgk kawasan..cuaca pun panas..kesiankan si rayqal duduk je la kat pondok tengok diorang dari jauh..pukul 2 petang aku ajak balik..