Alhamdulillah 20 okt 2015 yang lepas rayqal dah genap 1tahun..cepat sungguh masa berlalu, dia skrg pun makin noty n membesar dengan sihat..cuma badan jer lah xnak gemok2 jugak..kalau ikutkan genetik,paham2 je lah mak bapak dah terlebih sehat ni kah..kah
Perkembangan dia sekarang ni makan ikut mood jugak tapi xde lah memilih..cuma kadang2 macam nak je makan..kadang2 tu xnak..dan merangkak laju,dah boleh berdiri tp bab jalan tu belum lagi lah..kena jaga2 lebih sikit sbb kalau terlepas pandang je,tengok2 dah nak keluar rumah..alih2 dan nak masuk bilik air tu yang bahaya tu..
Ikutkan dia ni susah nak tidur..jenuh lah jugak nak dodoikan..lately ni dia prefer tido kat katil je dari masuk buai..maklum la dah besar panjang,xmuat buai dah pun..kalau tido buai pun still kena jaga2 letak bantal ke apa..sbb dalam sekelip mata dia akan kembali segar bugar n sengeh..apa ko rasa?? hihi..sabor je lah!
Alhamdulillah dia membesar dengan sihat dan jarang sakit..setakat ni baru 2x demam lega jugak lah xde lah kerap kena amik cuti kan..gigi dah ada 4 batang,tu pun bukan main kuat menggigit..habit dia suka gigit ibu jari..xdapat ibu jari sengap2 pun dia boleh gigit ibu jari kaki..so kena jaga2 kat situ..kang nanti dia gigit anak sesapa pulak!
Memandangkan dia pun baru je 1thn n belum mengerti apa2 lagi so kami celebrate la kecik2 kat rumah..panggil family terdekat..lauk2 pun aku masak sendiri..alhamdulillah selesai bab tu..yang abang pun tumpang sekaki..