Sedar tak sedar memang besar betul pengaruh bila ada shopping online nih..tangan ni asyik nak beli je,alah benda senang klik2 je..tengok2 esok barang dah sampai..mula2 tu konon2 nak tengok je pun,pastu terus tergoda kan??
Macam aku..xberani jugak beli dari sembarangan butik online ataupun ig instagram yang aku sendiri xbleh nak jamin kualiti takut tak seperti diharapkan..contoh butik online yang aku selalu beli cam radiusite,bella ammara,calaqisya,naelofar,alhumaira n poplook..yang tu memang terbukti kualitinya..kebanyakannya tudung lahh..
Memang tak dinafikan dari segi harga memang agak mahal sikit la..tp tengok la pulak kualiti n design yang tersendiri..aku pun xtau lah nak cakap apa lg addict ni yang penting puas hati..orang suka buat koleksi benda2 lain,aku pulak buat koleksi tudung!
Actually apa salahnya anggap ni self reward untuk diri sendiri..bukan beli tudung ratus2 pun..kalau hubby sudi membeli kadang2 tu lagi bagus hihikk..