Pages

September 25, 2017

Rini & Eda day out..part 1 (Chew Jetty)

Actually ni cerita setahun yang lepas..masa ni aku belum transfer ke IPPT.. kawan yang merangkap kawan sekerja..kawan gosip2 kawan shopping online semua dia lah..ada lagi kawan2 lain tapi kali ni cuma cerita aku dan dia..

Ni semua kenangan2 yang akan kita ingat bila kita dah tak bersama mereka2..bila kita ingat balik kita akan lupa semua apa2 yang tidak baik..Alhamdulillah walaupun dah xkerja bersama persahabatan tetap ada..

Kisah dan idea gila ni bermula bila kami tengah tension n stress kat opis masa nak proses gaji projek masa tu..rasa macam nak pergi jalan2,makan2,selfie banyak2 n gelak2..tapi kena pergi time opis hour je sebab anak pinak kat rumah..tapi kemana? dimana? bila nak pergi nya?

So kita wujudkan #riniedadayout senang nak refer u all..kami decide pergi lepas settle keja sebelum datang balik keja baru..pergi weekday bermakna kami kena apply cuti n still mai keja naik carpool n turun depan gate USM..pastu naik bas pergi town berpoya-poya..hahaha apakah?? keja gila jugak ni..bila cerita orang akan gelak n tak terpikir nak buat gitu kot sebelum ni..aku pulak terpikir apasal lah idea tu tak mai dari dulu lagi hah??

Hari yang dijanjikan pun tiba..masing2 mintak carpool turunkan kat gate usm,selfie lebih kurang depan tu..nasib pakguard tak nampak..kalau tak malu jugak haha..dahtu terus tunggu bas terlajak pulak dah..kesian mak cik tau dengan lipstik merah bagai kena lari ligan bas! apapun selamat lah pergi jeti walaupun agak jakun sebab last aku naik bas sebelum kawin 10 thn lepas kot..kami perasan jugak lah orang macam perati pelikk je..ada ke student tua camni kat usm?? 


Dah sampai jeti, lokasi pertama adalah chew jetty..kat sini ada jual macam2 cenderahati macam keychain,tshirt,topi,beg dll dan harga pun murah n boleh tawar lah sikit2..antara tumpuan pelancong jugak sebab view kat sini cantik..ala2 perkampungan nelayan..masa kami sampai tu awal lagi orang pun tak ramai plus weekday..




Kat sini macam perkampungan cina laa..nak kata nelayan tu tak jugak..ada jual macam2 sebenarnya termasuk makanan tapi jangan dok memandai nak beli lah..walaupun aku nampak diorang jual aiskrim macam terliur je wehh..















Sebenarnya banyak lagi pic2 poyo..tapi takat tu sudahlah..banyak lagi nak share kat tempat lain dalam next entry..bye


Sentosa Villa,Taiping..

Kali ni nak citer pasal salah satu tempat menarik kalau nak stay n jalan2 area Taiping..biasa lah kalau tinggal area Penang habis2 tak tau tempat mana yang best nak bawak anak2 jenjalan n boleh balik hari Taiping lah selalu jadi pilihan..selain pusing area island..

Tapi tu lah kalau balik hari time limited sikit lah nak jenjalan n makan2..sekali sekala nak jugak lah tido kan walaupun sehari je..so bagi nak cari ketenangan n sesiapa yang cintakan alam semujadi..nak rehat2 sambil dengar bunyi kicauan burung n air sungai yang mengalir Sentosa Villa adalah tempat yang sesuai n masih mengekalkan semua tu..walaupun di tengah2 bandar Taiping..

Seriously tempat ni sangat cantik dan memberikan ketenangan..location tak jauh dari Taman Tasik,Zoo dll tempat tumpuan..cuma tempat ni xde pool untuk anak2 mandi..biasalah anak2 kalau bgtau nak pergi hotel mesti soalan pertama keluar 'ada pool tak?' stress mak..kita ni biasalah dah tua2 ni nak cari tempat yang memberi ketenangan jiwa gituuu..


Tapi jangan risau kalau xde pool anak2 still boleh mandi n rendam2 manja sungai dalam kawasan villa ni..kalau tak puas hati still nak pool jugak..korang boleh mintak kunci gate kat receptionist untuk access ke pool awam sebelah bukit larut..cuma kena jalan kaki sket la sambil intai2 apa yang ada sekitar kawasan villa ni..so settle masalah lah..



Bab bilik..kat situ ada macam2 jenis..ada standart room,family classic,junior suite..yang ni diorang buat bangunan batu plus kayu2 sikit lah..lepas tu ada hanoeymoon villa,wooden villa,deluxe villa n ntah apa villa lagi aku pun tak sempat nak ingat..harga tu xde la mahal n tak lah murah mana tp still reasonable..



Aku ni sebenarnya teringin la nak stay kat villa2 bagai tu..tp boleh bayangkan betapa anak aku tu excited nanti sebab ada balcony tengok2 terjun lah pulak..dah la bawah tu ada macam air terjun lah lebih kurang..terus tak jadi makcik..so ambik je lah family classic RM380 semalam dapat bilik bawah xpayah nk naik tangga senang..bilik tu besar cuma view tu xde lah elok macam kau duduk villa tu..xpe lah tunggu anak2 besar n paham bahasa sikit baru makcik dapat merasa dok kat villa pulak..

Landskap kawasan ni sangat menarik bagi aku..macam kau duduk kat resort kat kampung2 mana ntah jauh dari bandar..padahal kalau korang 1st time cari villa ni mesti xpercaya villa ni terletak area kawasan perumahan..jangan silap patah balik pulak..silahlah percaya pada maps hahah..mula2 tu laki aku pun macam nak tak nak je datang sebab dari depan nampak mcm tak menarik..jenuh lah aku ni dok yakin kan dia tau!














September 21, 2017

Projek DIY pintu bilik..

Projek DIY sebenarnya secara kebetulan je sebab nampak post kat FB orang cat dinding yang pakai tape tu..nampak menarik plus kos pun murah n aku rasa tu boleh buat sendiri..

Actually rumah aku ni jenis teres 3 bilik..deco pun aku main hentam sesedap rasa..tak de lah nak berkonsep minimalis ke scandinavian ke..ntah aku sendiri pun tak paham konsep2 tu sebenarnya..

Bab nak pilih cat pun satu hal gak..laki aku xmau masuk campur dah..dia tolong bawak je pastu ko pilih sendiri..sebab kalau tak elok ke apa dia xmau bertanggungjawap..ampehh!

Akhirnya aku pilik 2 warna je..light grey dengan dark brown sebab tak nak nampak warna warni sangat macam tadika..tawakal je sebenarnya ni.Elok ke tak..alahh buat2 kata elok je lahh..

So dengan tak sabarnya aku sanggup balik awal hari jumaat time rehat panjang n start sikit2..nampak macam mudah je orang buat..tapi bila buat sendiri boleh tahan renyah jugak sebenarnya..bab nak lap cat yang menitik kat lantai pun satu pasal jugak..

Siap jugak lah akhirnya walaupun hasil dia tu tak berapa nak kemas tapi apa kesah rumah sendiri..nanti kalau dah muak boleh cat balik haha..rajin lah sangat.Nak siapkan 3 pintu bilik pun macam dah serik oiii..





September 19, 2017

Refarm,Kampar - part 2

Bersambung dari part 1 lepas..

Dah selesai mandi manda so boleh gerak ke mini zoo pulak..


Budak ni nampak biri-biri tipu ni dia nak tunggang pulak dah..tak de lah banyak sangat binitang kat sini tapi boleh la dari tak de..








Refarm,Kampar -part 1

Refarm ni tempat riadah family yang bagi aku sesuai pada semua peringkat umur..dari budak2 kecik sampai lah opah atok kita bawak sekali kalau nak pergi..Insyaallah akan repeat lagi..aku pun sebenarnya dah 2 kali pergi..kalau lalu tu alang2 singgah laa..sebab pertengahan jalan dah kalau KL nak balik ke Penang..chill kejap kat situ..

Bagi aku tempat ni menarik sebab :

1. Charge murah n berbaloi..RM10 dewasa..RM5 kanak-kanak

2. Lanskap menarik dan kawasan riadah luas

3. Pool yang besar dan luas sesuai untuk kanak2 n dewasa

4. Mini Zoo-walaupun ada binatang mcm kuda,rusa,arnab,ostrich,       ikan dll tp ok lah tu pun anak2 aku dah seronok hihi..

5. Kemudahan pun bagus ada ruang mcm pondok2,kerusi meja           untuk berkelah..plus boleh bawak bekalan makanan masuk,kalau     rajin masaklah..tempat lain mcm payah sikit kan kena sorok2           gitu..


6. Bagi yang teringin nak bermalam sebab nak mandi kolam puas2       boleh sewa chalet..tp ntah la macam mana rupa sebab aku xpergi     tengok pun smpai ke situ..

Anak-anak happy makbapak pun seronok..kalau ada anak ramai tu sesuai lah jimat sikit belanja..sekali sekala nak melayan anak-anak..


ni dekat entrance..sebelah kaunter beli tiket

Lepas tunjuk tiket masuk..akan jumpa ikan besar tu dulu..nampak tak si pakbaby tu keja nak buat onar je tu..jenuh kepung!


Kan aku cakap tempat ni cantik..ada pokok juntai2 ntah apa nama kat laluan nak masuk..masa ni budak2 ni dah excited,sibuk tanya mana kolam?



Macam ni lah rupa kolam mandi..yang ni cetek sikit sesuai untuk budak2 sebaya anak aku..nasib cuaca pun elok je masa tu..bertentang kolam ada cam cafe jual makanan ringan n tempat salin baju..

Makcik macam biasa lah jadi tukang jaga beg n jadi fotographer tak bertauliah je lah..tak kuasa nak mandi sama.



Yang ni kolam lagi satu..kena jalan ke atas sket..xjauh pun.Yang ni dalam sikit lah sesuai untuk dewasa..untuk kanak2 pun ada jgk..

Sini selesa kalau nak berkelah ke makan2 sebab ada pondok untuk berteduh siap kerusi meja..

Kalau perasan area kolam tu ada tangga..tu boleh naik untuk pergi chalet kat atas bukit..tu baru separuh yer kena panjat sikit lagi baru lah sampai atas..makcik naik takat tu je patah balik..penat oii