Pages

December 19, 2018

Mencari ketenangan di Sakom,Thailand..Part 1


Kenapa tajuk entry kali ni mencari ketenangan di Sakom?

Yaa..Sakom salah satu destinasi yang dekat dari kampung saya Kuala Nerang dan sempadan Durian Burung -Ban Prakob perjalanan lebih kurang 45min camtu. Urusan disempadan pun mudah sebab orang tak ramai langsung, dah 5x masuk melalui situ xpenah sesak lagi..tapi dinasihatkan jangan lah pergi weekend plus school holiday memang mana2 sempadan pun akan sesak tambah2 Bukit Kayu Hitam..tapi kalau korang jenis yang tahan sabar beratur 2-3 jam silakan..

Kalau drive sendiri segala urusan insurans kereta boleh buat dekat stesen minyak belah kiri jalan lepas kilang gula..tak ingat pulak letak mana bisnes card..cuma bawak salinan geran kereta diorang akan buatkan semuanya..kos dalam RM16 untuk 9hari..boleh je kalau nak buat untuk 6bulan ke 1tahun terus..tapi setahun berapa kali sangat kau nk travel ke Thailand kan..

 

Selain tu of course lah kena ada border pass or passport..kami anak beranak memang guna passport je sebab masih berbaki 3tahun cmtu..so kena guna sesungguhnya baru berbaloi.Pastu kena isi blue card tapi selalunya bagi agen insurans tu je yang isi kesemuanya sebab malas nak isi plus tak paham sangat..bayar rm2 untuk sorang settle masalah..nak lagi mudah boleh je wasap diorang gambar geran kereta n pasport sehari sebelum pergi..nanti bila smpai tak payah tunggu lama benda dah ready..

Situ pun boleh tukar duit baht, rate last haritu pergi 7.80 nampaknya makin merosot je matawang kita..tapi kalau tukar kat sebelah Thai boleh jadi lagi rendah kebiasaannya n disarankan tukar siap2 jumlah yang secukupnya dan lebih2 kan sikit..mana tahu ada emergency ke..keta rosak ke..terlebih shopping ke apa dah ada backup n tak cukup2 makan lah orang kata..tapi tipu lahh kalau duit tu akan melebih..tetap habis! 


Bagi yang lalu tol Alor Star utara nak ke border Durian Burung..jarak dalam 60km camtu dan akan lalu Kuala Nerang..jangan risau keluar tol kat traffic light belok kanan..terusss je korang sampai lah ke sempadan..

Perjalanan sangat lah tenang sampai lah ke Sakom..kalau yang penah ada pengalaman masuk Thailand dari Bukit Kayu Hitam tu tau lah serabut n sesak dia macam mana..so kalau nak relax santai2 boleh cuba ke sakom pulak..suasana kampung,ambik angin laut,makanan yang sedap dan murah..majoriti penduduknya Islam dan boleh cakap melayu..pantainya bersih laut membiru.














August 23, 2018

Hijrahku..Doakan saya


Ni adalah entry pertama untuk tahun 2018..lamanya tak kongsi cerita kat sini, nampaknya blog pun dah semakin dilupakan sejak dah ada IG..blog ni pun dah tenggelam timbul tapi sebenarnya blog masih ada pembaca & ada yang pm untuk tanya info..thanks

2018 jugak membawa perubahan dalam kehidupan seharian saya dan alhamdulillah Allah bukakan hati dan jalan untuk berubah..ke arah yang lebih diredhai Allah dan juga suami yang tak pernah berhenti memberi sokongan,dorongan dan juga banyak nasihat dari awal perkahwinan kami sehingga dah cecah hampir 12 tahun..

Saya sendiri tak pernah sangka dan terdetik di hati..tapi syukur ya Allah..hidayah itu milik Allah dibukakan hati saya untuk lakukan hijrah pertama dalam diri untuk berniqab..keputusan yang besar dalam hidup saya..pada mulanya ada sedikit ragu2,risau separuh jalan..terpikir juga pandangan orang..penerimaan keluarga..tapi itu soal kedua 


Kisah hijrah saya bermula pada 2016 ada kempen cover aurat macam gitu lah..masa bawa anak2 jenjalan di taman..hati saya terdetik untuk dekati diorang yang kesemuanya berniqab berjubah..saya cuba pakai niqab dan jubah yang disediakan..dari situ Allah jentik hati dan tanpa sedar saya menangis bila ditanya apa perasaan saya pada ketika itu..ya pertama kali saya menutup aurat dengan sempurna..

2016-2018 satu perjalanan yang agak lama..berperang dengan perasaan sendiri..masih ego..masih was2..

Yang utama adalah soal hati..saya takut saya tidak ikhlas kerana Allah..suami tak pernah memaksa cuma risau hati akan berbolak balik..tapi tak sangka niat untuk berubah tu Allah hadirkan saya kekuatan untuk lakukan langkah pertama..walaupun saya masih ragu2 pada awal 2018 dihadirkan perasaan dan keinginan untuk cuba..saya jadi sangat suka dan tenang tengok wanita berniqab dan pakaian sopan..saya beli niqab pertama secara online dan cuba2 pakai bila di rumah..

Akhirnya saya bagitau suami nak cuba pakai diluar rumah..dan dari situ lah bermula dari cuba2 akhirnya saya ambil keputusan untuk berniqab..cuma saya tak dibenarkan pakai pada waktu bekerja atas tuntutan kerja..ada pekeliling tidak membenarkan bagi penjawat awam..tapi itu bukan faktor penghalang..yaa niqab bukan lah kewajipan..saya akur. Weekend saya bebas jadi diri sendiri..

Syukur dipermudahkan segala urusan..family tak pernah menghalang..kawan2 turut memberi sokongan..ada yang bertanya untuk kepastian samada memang saya dah berniqab ke? saya cuma mohon doakan yang baik2 saja..moga saya terus istiqamah dan tidak dibolak balikkan hati untuk terus berubah..

Saya sentiasa rindukan hari2 minggu saya..bebas berniqab kemana saya pergi..saya bebas daripada pandangan2 liar lelaki..pandangan sinis wanita..tak siapa pun yang pandang dan endahkan saya..yaa itulah tujuan dan hikmah wanita berniqab..terhindar dari fitnah dunia..

Baru saya sedar..wanita yang menjaga aurat dan pandangan dari lelaki selain suami..rasa lebih dihormati..bila berurusan diorang akan jaga percakapan,pandangan dan tunduk tanda menghormati..Alhamdulillah dipermudahkan urusan saya..

Saya doakan sesiapa yang baca post ini..dibukakan hati anda semua kearah yang lebih diredhai..bila kita dah mula hijrah baru kita akan sedar betapa lalai..ego dan betapa ruginya kehidupan kita yang lalu..tapi tu bukan faktor penghalang manusia boleh berubah dan hidayah itu milik Allah..