Kali ni nak share port makan petang + dinner area Kg Ruat , Yan. Dah 4 kali makcik repeat n paling last pergi weekend lepas..
Makanan kat sini boleh tahan sedap..dihias cantik n yang paling penting view kalau time sunset tu sangat cantik..kawasan pun luas + ada 3 chalet mengadap laut..setakat ni xpernah lagi bermalam tapi pernah lah tanya harga RM150/nite..
Menu pun banyak tapi setakat ni pernah order nasi goreng sempoi..chicken grill n chicken chop n harga pun berpatutan..
Kat sini privacy sebab kawasan persendirian sesuai lah nak makan2 dengan family..cuma jalan nak masuk tu kecik sikit kena hati2 sebab jalan tak bertar..kalau nak mudah pakai google maps je confirm sampai..just search Pawana Jerai Resort