Pages

July 23, 2012

Choc strawberi cupcake..


Jangan xtau ni adalah cubaan kali pertama aku membuat cupcake..kesian kan?? nak buat camna malas je memanjang...bab2 kek,biskut n roti ni aku failed terus...aku memang perasan pun aku ni xde seni bab2 buat kek ni..keje nak siap cepat2 jaa..pastu jenis xbleh ikut peraturan punya orang..suka dok memandai sendiri :p 

Kali ni buat cupcake pun aku memandai sendiri gak..hasilnya kek aku keras n tawar sket haha..ye la resepi tu suruh kukus aku p bakar..nak buat camna org susah..xde pengukus kat umah..la ni dok aim pengukur mak mertua pulak!! mak mertua tengok kek aku cam keras..so dia nak bagi freeee :)

Lagi satu,kek aku ni tawar skett..besa la dok buat pandai sendiri lagi.Orang letak gula caster aku p bubuh gula icing..mana nak tau dah yang ja ada kat umah..aku ingtkan sama ja laaa..buat kek bulan posa,mana leh rasa!! bila malam menjelma..rasa2 tawar :(


Kat atas tu adunan yang baru dibancuh..letak dalam bekas cupcake polkadot gituuu..tapi sila la abaikan tepung yang berselekeh kat tepi2 tu yer..


Cuba tengok rupa kek aku yang dah siap bakar tuu..aku cam konfius sket,aku ni buat cupcake ka muffin?? cam merekah gileee..


Ni selepas aku touch up sket..nampak la jugak rupa kek kan hahah..jangan tengok pada paras rupa..rasa dulu!!!

Menu 1st ramadhan..


Hari 1st puasa sapa2 pun excitedkan..ke aku sorang je yang gitu?? hahah..xkira la apa pun aku memang rajin lebih sket bulan2 posa cam gini..semua benda aku nak masak..tambah2 kalau dok kat opis,awal2 pagi muka dok steady lagi..bila masuk pukul 12 mula dok pikir macam2..menu macam2 mai kat dalam kepala ni..toleh kiri kanan mula bincang ngan kawan2 nak masak apa untuk berbuka :P

Kebetulan hari pertama posa jatuh hari sabtu..awal2 lagi dah ajak hubby pergi tesco cari bahan2 nak masak..hubby request nasi ayam maduu..yang lain tu aku memandai tambah sendiri menu :)

Ya ampunnn..kat tesco punya la ramai makcik2 pergi beli stok bahan basah..smpai ayam pun xde dah diorang buat servis memotong..nasib la sempat ambik sekor..rezeki laa,lambat sket abis.Nampak gayanya bukan aku ja yang excited la camtu kan??

Ronda sana sini sedar2 dah masuk tengah ari dah..balik masak apa yang patut..Alhamdulillah selesai sudah ibadah puasa hari pertama..hubby n anak pun makan dengan berselera..syukur rezeki Allah...

 
sandwich telur

 smooties


July 20, 2012

Salam Ramadhan


Akhirnya bulan yang dinanti telah pun tiba. Kita semua akan berpuasa mulai esok..Bila menjelang Ramadhan kita kena bersedia dari segala segi baik dari segi fizikal mahupun mental. Bersedia untuk menahan diri dari lapar dan dahaga, melatih diri untuk bersabar, dan juga menahan diri daripada melakukan pelbagai perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa..

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini menjadi titik tolak dan memberi 1000 rahmat buat kami sekeluarga dan juga buat semua. Sempena Ramadhan kali ini marilah kita jadikan seolah-olah ia adalah Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Sama-sama merebut peluang dan mempertingkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Sama-sama menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga setiap yang kita lakukan mendapat keberkatan daripadaNya..

July 16, 2012

Ayam Grill


Akhirnya jadi jugak la aku buat ayam grill semalam..tiba2 teringin nak makan n nak yang ada kelainan skettt!! yer la..asyik2 dok buat masakan sama ja..kalau xmasak kicap,sambal tumis n bla2... :P

Aduhhh..punya susah ke nak cari pokok rosemary?? pergi cari kat nursery xder jual pun :( xpe la xder pokok rosemary, aku belasah je la apa yang ada..aku letak serbuk oregano n jintan putih hahaha..boleh gitu?? apa pun tetap meletops...

Bahan2nya ialah...


Lepas tu perap dalam 1jam..


Bila dah nak bakar baru letak kentang,capcicum n bawang besar dipotong dadu..sebelum tu gaul dulu semua tu dengan garam,gula n minyak sket...


Jangan lupa tabur juntan manis sket ok..n oregano!!! aku bakar dalam microwave dalam 20 minit jer..

After 20 minittt!!! tadaaaaaaa.....



Har..har..har.. dah ready lunch untuk family!! 


July 13, 2012

Dinner : Nasi Tomato


Kadang2 rasa buntu jugak bila balik umah dah tak tau nak masak apa..sekali sekala rajin2 kan diri masak selain nasik putih..so kali ni masak nasi tomato pulak..tiba2 je kan?? huhu...
Sendiri nak makan kena rajin la kan :P

Ni semua gara2 teringin nak makan kari telur kat cafe opis laa..tapi dah terbawak breakfast so xjadi la nak beli..kang tak termakan pulak..membazir je nanti..dari situ la ada idea nak masak apa untuk dinner,settle masalah kebuntuan itu :)

Aku ni jenis suka makan nasik semestinya..lebih2 lagi nasik yang ada perasa..mood pun elok ja,jadinya gigih giler nak masak dinner..padahal nak makan 3 beranak jaa!!

So menu untuk malam tu aku masak nasik tomato lauk kari telur n ayam masak merah..n ni lah hasilnya..siap ada lebih untuk bawak pergi breakfast kat opis lagi esoknya..

kari telur

ayam masak merah

Bagi isteri2 yang bekerja n travel jauh cam aku ni..memang aku akui sangat letih sebenarnya..tapi bagi aku tu bukan alasan..masak lah apa pun sedaya yang mampu..asalkan dengan air tangan sendiri,ada kepuasan disebalik pengorbanan itu...

July 12, 2012

Hidup yang berubah...

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

 
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

July 8, 2012

Edible Garden: Sayur Kailan


Percubaan pertama tanam sayur kailan, alhamdulillah nampaknya membuahkan hasil..walaupun tanam sikit2 je dah memadai untuk kami anak beranak..sangat excited bila tengok pokok kailan ni membesar setiap hari..memandangkan xde tanah lapang nak menanam..tanam dalam besen plastik pun jadi lah..

Biji benih aku dapat percuma dari encik Iskandar..biji benih yang dikongsi secara percuma bagi sapa2 yang follow blog tanam sendiri..sebelum ni penah beli biji benih dari blog encik Iskandar semuanya menjadi..selain mendapat info2 berguna mengenai edible garden :)

kiriman biji benih kongsi dari encik Iskandar



Dalam beberapa pokok kailan yang ada cuma satu ja yang cukup besar n dah tiba masanya untuk harvest..walaupun sepokok cuma..dah cukup untuk masak nasik goreng...fresh trom my edible garden :)

Ni lah hasilnya..

nasi goreng kampung..

July 6, 2012

Dinner : Nasi Daging


Nasi daging ni actually bukannya susah pun..simple ja,masak nasik pastu rebus daging n buat air asam..aku ni balik keja sampai umah dah dekat pukul 7 sempat jugak masak..hubby pun sempat lagi dok borak2 dengan jiran sambil2 tunggu aku dok masak :P

 daging rebus


 air asam kerisik

Rasa mudah sangat bila ada pressure cooker noxxa..rebus daging dalam 20 minit ja dah empuk..memang berbaloi walaupun harganya mahal skettt!! sambil2 daging masak tu boleh buat air asam dah..kena pandai urus masa laa..kalau tak pukul 10 baru boleh makan dinner hahaha..

Untuk masak nasik pulak aku guna perencah nasi daging iman..memang sedap n recommended!! sebelum ni aku campur2 rempah sendiri ja..tapi dah dapat peremcah yang sedap camni xpayah susah dah..lagipun murah ja..tapi xingat dah harga nya ..


Hasilnya...


Saja aku tambah telur masin..rasa cam sedih pulak makan ngan satu lauk jaa.. :)

Majlis Penghargaan Staf @ Jabatan Bendahari

Last week opis aku ada buat Majlis Penghargaan Staf,bertempat di Dewan Pasiban Agung USM..konon2 macam APC la tapi ni peringkat jabatan aku ja la...dah seminggu berlalu sebenarnya,disebabkan kesibukan melanda akhir2 ni lambat sket la update blog hehe...

Majlis ni bertemakan purple warna korporat USM..semua orang kena pakai baju kaler purple sampai la ke air pun perple jugak!! so sweeettt... :)

 Time ni la kawan2 semua pakat dok melaram baju raya segala bagai..haha fesyen macam2 dok ada.Aku xkisah pun pakai ja baju mana ada janji kaler purple :P

door gift
Yang kat atas tu door gift..dapat sorang satu,kat dalam tu ada nombor cabutan bertuah.Cute ja bekas tuu..aku buat  letak kerongsang. 

Decoration dalam dewan sangat cute ala2 english style ..maklum la makanan pun ala western sesuai la denga tema..tiba2 feeling cam dinnder kat hotel pulak haha..
kat dalam kotak tu ada kek..sempena birthday staf


 kawan2 opis

Sempat la jugak dok posing2 sementara tunggu majlis nak bermula..





Makanan yang disediakan pun macam2 jenis n sedap2 belaka.Ada spagetti,ayam goreng,mushroom soup,tart,buah,puding n beberapa lagi aku pun dah xingat.

Acara penutup adalah sesi cabutan bertuah..actually semua staf dapat..aku dapat sudu,garfu n chopstick hahaha..apapun my rayyan like it!! Apa2 je la...semuanya boleh dijadikan kenangan tak semestinya mahal.