
Akhirnya bulan yang dinanti telah pun tiba. Kita semua akan berpuasa mulai esok..Bila menjelang Ramadhan kita kena bersedia dari segala segi baik dari segi fizikal mahupun mental. Bersedia untuk menahan diri dari lapar dan dahaga, melatih diri untuk bersabar, dan juga menahan diri daripada melakukan pelbagai perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa..
Semoga kedatangan Ramadhan kali ini menjadi titik tolak dan memberi 1000 rahmat buat kami sekeluarga dan juga buat semua. Sempena Ramadhan kali ini marilah kita jadikan seolah-olah ia adalah Ramadhan yang terakhir buat kita semua. Sama-sama merebut peluang dan mempertingkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Sama-sama menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga setiap yang kita lakukan mendapat keberkatan daripadaNya..
No comments:
Post a Comment