Pages

October 30, 2012

Carrot Cake



Kali ni nak share experience membuat carrot cake pulak..sekarang rajin la pulak buat kek kan?kalau tak jangan harap la..nasib la ada microwave convention banyak membantu..oven yang dok ada aku dah pos balik kampung..padahal dah bertahun jugak beli microwave tu..baru sekarang ni rajin sket membaking!!

Carrot cake ni adalah request dari mak mertua ok..so aku gagahkan diri try buat..resepi senang ja..google kan ada :P


Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik (preferably bluekey)
1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung 
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar
 1st lime juice
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lebut/gebu. Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.Kisar hingga halus dan sapukan pada kek.

Dah siap dibakar..


 Dah siap..



 

My Mom Farmtown - Part 2


Ni adalah update dari citer my mom farmtown-part 1 yang lepas..kali ni balik kampung,tudiaaa pokok2 jagung mak aku dah besar semuanya..dari jauh dah nampak menghijau dengan sihatnya..ntah2 time aku balik lepas ni dah boleh makan kot..

Kawasan ladang mak aku ni luas..so mak aku tanam berperingkat..pokok2 jagung ni baru tanam 3/4 daripada keluasan tanah tu..selain tu ada tanam macam2 pokok sayur lagi..sebelah ladang jagung ni plak baru dibersihkan untuk buat ladang kelapa sawit pulak..macam2 sungguh projek pertanian mak aku..seronok jugak tengok,pertanian adalah perniagaan!!

tapak kelapa sawit
 corn farm



Sekarang ni pokok2 jagung tu dah membesar n mula nak membuahkan hasil..so kena ada penjagaan yang lebih sket la sebab dah mula diserang monyet liar..diorang dah start dok curi putik2 jagung n patah2 kan pokok mak aku haha..sungguh noty!!

Selain menanam pokok jagung yang sangat banyak tu..mak aku tanam macam2 pokok sayur lain..bleh buat bekalan di dapur,xpayah beli dah n sangat berkhasiat..sebab fully organik gitu :P

bendi
kangkung
Yang kat atas tu bukan pokok sayur ok..tu pokok getah yer,disebalik pokok2 jagung tu ada terselit dalam 700 pokok getah sebenarnya :)

Nanti aku update lagi..xsabar nak tengok hasil tanaman mak aku ni.. 

October 21, 2012

Rayyan and his Railroad


Hari minggu kalau x ada apa2 aktiviti ni la keja anak teruna aku sorang nih..menyepahkan segala mainan yang ada..kejadian ni berlaku time aku dok masak kat dapur,paling ja belakang..oh my God dia dah buat dah..abis dia susun landasan ketapi start dari dalam bilik sampai la ke ruang tamu..siap ada pembantu,anak jiran sebelah..diorang bff a.k.a couple of the year :P 


Sabo je la menengok landasan yang bersimpang siur tu..nak tergelak pun ada.Gigih giler anak aku dok menyambung..aku nak lalu pun siap kena marah haha..boleh pecah rekod landasan ketapi terpanjang di asia kot..


Yang kat atas tu nak kata landasan ketapi ke ketapi terkandas berlaga pintu pun xtau la..


Haaa..ni dia muka depa yang dok buat onar..hehe siap pose lagi suh amik pic diorang sama :)

October 11, 2012

My Sweet Cream Puff

Haha akhirnya tercapai jugak hasrat nak belajar buat cream puff..nasib baik kira menjadi laa..cuma kena perbaiki lagi pada masa depan..aku ni bukan la pandai masak sangat,suka memandai ada la!! 

Actually kat dapur aku xder pun penimbang..tapi semangat nak buat jugak2 so aku agak2 jaa..haha boleh gitu kan?? pukul 10 malam aku gigih dok memicit nozel dok buat puff untuk kawan2 opis breakfast esok hari haha..overrr gile :P

Bahan2:
 
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)

Cara2:

Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Masukkan telur, kacau cepat-cepat.

  
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm n pipe kan ke atas dulang.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 10minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.



Lepas siap dibakar....


Ok sekarang boleh sediakan cream custard pulak..

Bahan2:

1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar

1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega 

Cara2:
Satukan kesemuanya kecuali telur dan masak atas api sederhana hingga pekat n tutup api.Masukkan telur n kacau cepat2..dah boleh masukkan dalam puff tu :)

Ni la rupa my sweet cream puff!!




 

October 9, 2012

Choc Moist Cake


Kek coklat moist gedabak ni aku buat 2 hari lepas..malas nak buat comel2 dah..senang sket kan? bentuk tu xbopa nak elok la..sebab pakai tupperware microwave ja..loyang yang aku beli tu xmuat periuk pengukus pulak dah..so pakai ja la mana yang ada..janji kek tu jadi sudah.. :P

Resepi kek ni paling mudah yang penah aku jumpa..n sedap.Tak payah la nak timbang segala bagai..bahan2 pun simple ok..


Bahan2:

satu cawan serbuk koko
satu cawan susu cair 
satu cawan minyak
satu cawan gula
setengah cawan susu pekat
satu cawan tepung naik sendiri
3biji telur


Cara2:

satukan gula,minyak n susu pekat..masak atas api sederhana kemudian biarkan sejuk..
kemudian bancuh susu cair n surbuk koko..lepas tu masukkan telur yang dah dipukul..





Kacau hingga sebati kemudian masukkan tepung naik sendiri n bahan yang dimasak tadi...

Now..dah boleh kukus lebih kurang 45minit :)


Rupa yang dah siap..lepas tu ikut suka la nak hias cmna pun..nak makan terus pun boleh :)

October 7, 2012

Puding Roti


Weekend..kalau xde apa2 aktiviti kat luar maka ni je la keja aku..masak apa yang aku rasa nak makan..actually bukannya aku makan sangat pun selebihnya aku kerah la sapa2 tolong makan :p bab tu aku xkisah janji aku nak belajar buat sebetulnya..ye la xkan dari muda sampai ke tua dok masak benda yang sama ja..kena ada peningkatan la.Memasak ni memang hobi aku..tapi xder la sampai nak masuk Master Chef..kalau la aku masuk jenuh pening pengadil tu..aku ni kan suka dok create resepi sendiri..lawan tauke hahah..lagi satu kalau la diorang suruh masak western,kek ka apa mau jatuh pengsan gedebuk kat situ jugakkk..

Ok actually nak share tentang puding roti aku tu..mudah ja nak buatnya...

Bahan2 :

roti gardenia 7 keping potong dadu
2biji telur
kismis
setengah cawan gula
satu sudu butter dicairkan
sedikit esen vanilla
satu sudu besar susu pekat
250 ml fresh milk

Cara2:

Potong roti n susun dalam loyang..tabur kismis


Kmudian satukan butter,gula,telur n fresh milk n kacau hingga sebati..masukkan dalam loyang tadi.



Now dah boleh bakar..suhu agak2 la,bakar lebih kurang lima belas minit..

Selepas dibakar..


Terover garing la pulak haha...tapi still ok :)

Ok dah boleh dihidang n sedia dimakan bersama custard sauce..



October 2, 2012

My mom farmtown..


Weekend lepas aku balik kampung..so saja la nak citer sket hobi mak aku ni..very the big one farmtown..the real farmtown okiesss..bukan macam aku ni ada edible garden pun ciput je..dulu2 rajin la jugak main game farmtown kat facebook haha..sibuk la dok tanam macam2 sekadar imaginasi ja laaa..

Actually banyak sangat pokok2 yang mak aku tanam..ada pisang , mangga, manggis , dokong n segala bagai lagi..tu xkira kolam ikan dia yang 5 bijik tu..mak aku ni kira macam petani jugak la..nak kata besar-besaran pun xla jugak..tapi hasilnya kalah gaji aku haha..walaupun mak aku x cakap!

Sekarang ni mak aku sibuk dok buat ladang jagung taiwan pulak dah..luas giler kawasan tu..tapi baru ja tanam permulaan,anak2 pokok baru nak tumbuh..kalau sebesar tu kos pun xyah cakap la,mak aku kena pakai pekerja mana larat nak buat ngn abah n abang aku ja dok tolong..

Ok jom tengok ladang jagung mak aku tu..dulunya ladang getah,pastu dah tebang n nak tanam semula..sementara pokok getah nak besar mak aku buat tanaman lain dulu.