Pages

December 30, 2013

Alahaii..nasi lemak

Aku ni boleh la jugak peminat nasik lemak..sampai badan pun naik lemak dah ni..bukan main gemok lagi sekarang ni..tapi lantak la ada sapa kesah aku gemok ke apa,cuma hubby aku je la macam dok komplen dah hihi..

Ok la nak citer bab aku buat nasik lemak sebenarnya..amboii bukan main gigih yer..siap balut2 ngan daun pisang gitu..hubby aku balik keja kul 2 petang,cakap ''hidang la special punya ok''..special apa benda ''nah..siap bugkus ala2 kedai gitu''..terharu kot dia!! ''amboi tajam giler!" hahaha...
 
 
Daun pisang aku amik kat kampung jer..berlambak ada,nak 5 pokok pun boleh!! asyik takde masa,dok terperap ja dalam fridge dekat seminggu..bila bawak keluar,adeh..nampak nazak dahh.Bila pilih2 lepas la setakat nak bungkus nasik lemak untuk 3 beranak makan..

Elok siap2 aku balut letak dalam pinggan..tiba2 ngeng..ngeng..ngeng..si budak rayyan bawak keta mainan dia naik abis nasik lemak aku..konon2 nasik lemak aku tu ibarat bukit yer..tension oiii!!

Amboii..suka hati ko kan,penat tau tak aku dok adjust nak bagi tajam cam gitu..nasik baik xpenyet..tapi ok la diorang makan sampai licin..kalau tak, lepas ni letak dalam pinggan sudah!
 
 
 

First time..

Ni bukan percubaan pertama aku buat roti jala sebenarnya..tapi ni la first time aku buat menjadi!! sebelum ni aku bancuh tepung..bila masuk dalam acuan tu tak nak keluar lah..cair sangat lah..last masuk tong sampah senang..hehe boleh gitu??

Penah la jugak pakai botol mayonis ke apa..aku beli kat daiso,tapi jadi petak2 la lubang dier..yang tu senang sket..main picit2 je..bagi aku agak lambat la nak buat..aku ni bukan terror sangat,asyik nak cepat jer.

Walaupun tak bopa nak elok cam orang lain buat tapi aku tetap happy..ada la jugak rupa roti jala kan..janji hubby aku makan elok je x komplen sudahh..makan ngan kari ayam je pun..

 
  
 
 

December 27, 2013

Anak..

 12 Jan 2014 depan anak aku akan genap umur 5 tahun..ohhh how time flies?? cepatnya masa berlalu..mak bapak pun dah nak masuk umur 29..feeling makcik2 dah sekarang nih haha..

2 Jan depan nak masuk tadika sesi 2014..anak aku dah nampak macam excited sikit nak bersekolah berbanding tahun lepas..harap2 tak susah nak bangun mandi pagi2..kalau tak jenuh jugak la memujuk kadang2 mood ok kalau tak,sabo jer laaa..

Sekarang ni nak aku panggil dia abang..tak nak aku panggil baby lagi..susu pun dah tak nak minum tapi aku tukar pada susu kambing coklat..bantal busuk 'papah' dah boleh berenggang dah..lega sket rasa x payah nak usung pergi sana sini..dah lah busukkk haha..

Selera makan bukan main lagi..kalau aku makan sepinggan dia pun sama banyak jugak..tapi tak gemuk2,tak kisah la janji tak kurus keding sudahh!

Bab hadiah besday aku tanya nak hadiah apa?? dia jawap ''nak kawinn'' kerlass hahaha..

 

Tak tahan aku menengok pic kat atas tu..bapak dia punya keja bawak anak pergi potong rambut kedai mamak mana ntah la..dah macam tempurung kepala anak aku..tapi still kena puji ok..kalau tak, siap ko..mengamuk nanti haha..


December 24, 2013

Ole-ole..

Thanks to mak n bapak mertua sebab bagi strawberry fresh from cameron! Sempat lagi diorang pergi short holiday kan..aduhh ni yang buat hati aku berbunga-bunga nak pergi cameron highlands nih..

Aku n hubby suka sangat pergi sana..haha setiap tahun kot!! emm tiba2 mood nak holiday kat sana datang pulak..takpe2 survey hotel dulu camna..bila free boleh pergi..

 
 

December 20, 2013

Cute Photobook..

Seriosly aku sukakan gambar..aku suka tengok gambar yang cantik hasil kerja photographer..kadang2 aku suka tengok koleksi blogger yang semuanya ada bakat tersendiri..tapi aku ni memang tak der seni dalam bab2 camni..tak kisah la,janji kalau pergi mana2 mesti nak ada gambar sebagai kenangan kan??

Sekarang ni malas dah bawak camera ke apa nak snap pic.Pakai camera hp sudah haha..tp still ok, not bad dia punya kualiti walaupun hp aku bukan mahal pun..janji senang nak save n upload je dah cukup..tapi tu laa..kalau setakat simpan kadang2 xder value jugak..terkubur macam tu saja..betul tak??

Last month, tiba2 jer photobook buat promotion kat groupon..free pulak tu!! ape lagi kan..siap bagitau kawan2 suruh apply sama haha..diorang pun sama jugak excited nak create sendiri photobook masing-masing.Ikut kreativiti sendiri la korang nak update camna pun kang tak elok ke apa xleh nak salahkan sesapa haha..tapi satu email dapat satu je..so abis la email hubby pun aku mintak..dapat jugak 4,haha tamak giler!
 

Walaupun free je n just bayar rm8 untuk postage..tapi kualiti kertas sangat bagus,aku n kwn2 sangat puas hati..thanks photobook sebab megabdikan kenangan kami..
 

 

 

December 16, 2013

Bihun goreng ekspress

Petang tadi tiba2 hubby request nak makan bihun goreng..rasa cam dah boring pulak makan nasik je tiap hari kan?? ohh..ok no problem.Ehh boleh pulak order2 cam kat restoran yer..haha apa2 je la. 

Aku dengan ekspressnya pergi tinjau apa yang ada dalam fridge..emm kira jadi la masak bihun untuk dinner malam ni..ada sotong n sayur sikit.Masak simple2 sudah dah nama pun ekspress kan??
 
Actually aku n hubby lebih prefer bihun stail pedas berbanding bihun singapore..nasib la aku dah blend cili kering siap2 buat stok..anytime je boleh masak.Oh ya,aku tak suka masak guna cili boh atau letak2 sos yer..no no no!!

Bawang merah n putih aku suka tumbuk pakai lesung biar kasar2 sket cam gitu..bila tumis wangi je baunya..dalam 20 minit dah siap masak bihun goreng..

   

 



Resepi hujung minggu..

Masak dah jadi rutin harian aku..aku suka masak,aku suka makan,aku suka food presentation..aku suka cuba kedai2 makan yang menarik..mungkin ada yang kata masak ni leceh,takde masa..tapi aku dari kecik dah biasa makan masakan dirumah..walaupun remeh nak sediakan bahan-bahan tapi itulah kepuasan sebenarnya..walaupun apa yang aku masak cuma simple tapi aku sukakan itu..

Setiap kali masak aku dapat pengalaman baru..aku cuba sesuatu yang baru..walaupun apa saja dalam peti ais itulah rezeki kami hari itu..walaupun tak cukup bahan aku masak setakat yang termampu..tengok hubby n anak makan aku rasa lengkap rutin aku..

Weekend kali ni takde aktiviti luar..cuma keluar pergi sunshine bertam yang baru dibuka baru2 ni..alhamdulillah tak ramai sangat orang..sempat la shopping barang dapur lebih sikit,keperluan untuk sebulan.Senang sikit sekarang ni dah ada supermarket dekat dengan rumah..dapat beli barang basah buat stok sabtu n ahad..

Taraaa..untuk breakfast aku buat jemput2 jagung n kueytew goreng..lunch aku xmasak,sbb still kenyang n aku masak untuk dinner terus..just simple.Ada tomyam n sayur campur..erkkk kenyang!!

 
 
 
 

Petrosains,KLCC

Walaupun pergi kl kali ni tujuan utama nak pergi kenduri kawin sepupu hubby tapi still menyempat lagi bawak nak pergi petrosains sebelum balik..asalnya nak stay sana just 2mlm jek..tapi jadi 3 malam pulak coz petrosains nih tutup hari isnin..

Aku pun ikut je la..hubby aku nakkk sangat bawak anak pergi petrosains nih..sebelum ni dah plan dah tapi bila datang tutup pulak..kali ni tertunai la jugak hajat dia ni..ikutkan aku tak pergi pun xpe..besa la aku mana minat semua nih..2 beranak ni je yang bleh geng...yang si bapak pun sama naik ngan anak..dia yang lebih2 kot nak try semua benda alah dalam tuh..terlebih excited yerr..
Kami sampai KLCC dalam pukul 12.30 tgh..terus naik tingkat 4 nak beli tiket..tengok2 pukul 2.30ptg je yang free pun..nak jugakk masuk!! sabo je laa...bayar rm30 untuk pakej family kena tunjuk mykad..punya lah ramai siap ada rombongan sekolah lagi..2jam 30 min sempat la jugak aku reronda KLCC nih..bukan selalu datang kan..ada la shopping sket untuk anak kat mothercare sebab tengah sale..
 

Pukul 2.20 kami dah terpacak depan pintu petrosains..so mula la 2 beranak tu dengan aktiviti diorang..aku ikut je dari belakang..bila boring sket aku duduk hehe..3jam okeh kat dalam tu!! rasa nak tercabut dah kaki lenguh semua ada..dalam hati ni lambat lagi ke nak abis..apasal la beso sangat petrosains nih..diorang punya dok excited xpeduli aku dah..anak aku siap nangis2 xnak keluar pulak..



 
 

Puas hati kot meronda petrosains sampai orang annaunce suruh keluar sebab dah nak tutup..baru la reti nak keluar..apapun petrosains bagus la bagi sesapa nak bawak anak2 bagi perkembangan minda diorang mengenai sains n alam semesta ni..bukan serakat anak2..malah si mak bapak pun enjoy!!

Tune Hotel,Kota Damansara

Kalau pergi area KL tak sah kalau aku tak menyinggah ke IKEA..tu tempat wajib okeh..selalunya kami akan stay last nite sebelum balik penang..hotel pilihan pulak mestilah tune hotel saja..murah n selesa,kawasan tu pun xbising n parking pun senang je..
 
Rasanya ni kali ke 5 kot kami stay situ..setakat ni puas hati servis diorang..actually kalau pergi tempat lain pun kami selalu stay tune hotel ja..aku xkisah sangat lagipun bukan nak duduk terperuk dalam bilik ja..selalunya just sewa towel n aircond xpayah la sebab kipas betul2 atas katil..si rayyan pun bukan tahan sangat tido pakai aircond..

Bab nak makan2 area situ aku tak pandai sangat..selalunya kami pergi makan dekat area ikea sebelum shopping pastu balik tido..esoknya balik penang dah..tapi kali ni pergi baru perasan ada kedai char kueyteaw simply delicious ke apa ntah bertentangan tingkap hotel kami..kedai serina anak chefwan katanya..tapi tak der la pergi try pun.maybe lain kali.sebab lapo nasikk..
 

Alhamdulillah laa..kali ni amik yang bertingkap view pun ok saja..rasa lapang sket..walaupun bilik kiut je tapi still selesa..anak aku dia peduli apa,asalkan hotel je dia memang suka..kalau check in hotel rajin pulak nak mandi je kejanya haha..

December 13, 2013

Homemade Kerang Berapi

 
This week aku macam lepas geram skettt..nak masak n makan puas2 gitu..sejak minggu lepas aku xmasak, pastu pergi KL tiap hari makan kedai..apa yang aku makan semua xberselera n rasa tak kenyang..semua tak kena ngan tekak aku..

Hari rabu aku start keja,balik petang tu 6.30 aku tetap singgah kedai beli lauk pauk semua..punya la gigih malam2 aku buat cencaru sumbat sambal n sambal tumis peria campur udang..pic tak sempat dah nak snap..lapo sangat!!

Semalam pun masak lagi..aku try menu baru plak,pergi kedai tetiba nampak kerang terlintas nak try buat sendiri kerang berapi..sebelum ni penah makan kat satu restoran ni diorang masak cam gitu sedap giler!! resepi aku agak2 je laa..emm not bad,hubby cakap sedap jer hahah jimat duit buat sendiri kan..

Bagus jugak kalau masak sendiri..sekarang ni kan barang2 semua naik harga,harus lah jimat cermat apa yang boleh..cam semalam kos beli lauk semua kat bawah tu cuma rm8.40 jerr...bayangkan kalau makan luar bopa hengget semua ni??

December 12, 2013

Hotel Grand Pacific,Kuala Lumpur

Kami stay Hotel Grand Pacific ni masa 1st day kami kat KL..n 1st time jugak kami stay situ..overall hotel ni tak lah mengecewakan..aku n hubby puas hati.Maybe lain kali kami pergi sana kami akan stay sini lagi..bilik pun luas n selesa tepi jalan besar dan xder la jammed sangat kawasan tu..
 

Aku booking awal semuanya online..senang kan?? sekarang ni klik2 ja xpayah nak call lagi..rate pun bagus cuma rm99++ per nite..pastu termasuk breakfast for two person..tapi kami turun makan 3 beranak diorang xkesahh pun..




 
 Memandangkan ni baru 1st time stay situ..mula2 tu jenuh jugak la pusing sana sini padahal dah lalu dah jalan tu cuma xperasan je..hotel ni bersebelahan ngan dynasty hotel je rupanya..cuma hotel ni kecik sket la..tu yang aku xperasan pulak..dah tu terlepas smpai pwtc haha..nasib ada abang traffic tolong bagitau..dapat la check in walaupun dah macam stress sket jalan jammed..GPS pun time tu lah nak buat hal pun..xberfungsi la pulak..sabo je la kan!

Cafe hotel ni cantik tau..makanan pun ada variasi..ada roti bakar,nasi goreng,mee goreng,bubur n bihun sup.Selain tu ada jugak salad n buah..taste pun not bad..boleh la kan sebab free hehe..
 

 

 

Kenduri Cousin Hubby

Weekend lepas kami pergi KL tu pun sebab ada kenduri cousin hubby kat Batu Caves..alang2 dah pergi kami amik cuti isnin n selasa dapat la lama sket stay sana..pergi pun 3 beranak je,mula2 atok n opah nak ikut sekali last2 xjadi pulak..ada saudara sakit so diorang datang lambat sket..
Photo
 Sibuk je la pengantin lama ni..

 Cousin hubby yang kawin ni lelaki so diorang buat tema kaler biru muda..aku cam besa la pakai je la mana yang ada..malas nak beli baju2 baru bagai..bukan aku yang nak kawin kannn..haha belasah je la..
 

 
 
Pic pun xbanyak yang aku snap..sempat amik pic masa diorang tengah buat persiapan dewan malam sebelumnya..hari kenduri aku xsempat nak amik pic dah..haha sibuk dok tolong bagi cenderahati kat tetamu..buat2 sibuk la konon,dah lenguh kaki berdiri aku blah..haha boleh pulak kan??

Makanan kenduri plak punya la banyak jenis..xsilap aku ada 10 kot lauk pauk..haha jenuh makan siap ada ayam,daging,kambing sampai la ke ulam-ulaman sekali..kuih muih pun ada jugak yer..
 

Moga pasangan pengatin bahagia hingga akhir hayat..emm xlama lagi kami pun akan sambut anniversary yang ke 7!!