Pages

December 16, 2013

Resepi hujung minggu..

Masak dah jadi rutin harian aku..aku suka masak,aku suka makan,aku suka food presentation..aku suka cuba kedai2 makan yang menarik..mungkin ada yang kata masak ni leceh,takde masa..tapi aku dari kecik dah biasa makan masakan dirumah..walaupun remeh nak sediakan bahan-bahan tapi itulah kepuasan sebenarnya..walaupun apa yang aku masak cuma simple tapi aku sukakan itu..

Setiap kali masak aku dapat pengalaman baru..aku cuba sesuatu yang baru..walaupun apa saja dalam peti ais itulah rezeki kami hari itu..walaupun tak cukup bahan aku masak setakat yang termampu..tengok hubby n anak makan aku rasa lengkap rutin aku..

Weekend kali ni takde aktiviti luar..cuma keluar pergi sunshine bertam yang baru dibuka baru2 ni..alhamdulillah tak ramai sangat orang..sempat la shopping barang dapur lebih sikit,keperluan untuk sebulan.Senang sikit sekarang ni dah ada supermarket dekat dengan rumah..dapat beli barang basah buat stok sabtu n ahad..

Taraaa..untuk breakfast aku buat jemput2 jagung n kueytew goreng..lunch aku xmasak,sbb still kenyang n aku masak untuk dinner terus..just simple.Ada tomyam n sayur campur..erkkk kenyang!!

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment