Pages

September 11, 2013

Happy Birthday Hubby..



Ya Allah, hari ini hari lahir suami saya, suami yang Kau hadirkan sebagai pelengkap emosi (rohani) dan fizikal saya,

Suami yang hadirnya dia sebagai pinjaman anugerah yang tak dapat saya nafikan,

Suami yang peribadinya dia benar benar cocok dengan apa yang saya perlukan,

Suami yang sangat dekat dengan Engkau dan yang akhirnya, begitu dekat dengan hati saya,

Suami yang saat terzahir keburukan kecomotan saya dan dia memilih untuk bersabar,

Suami yang saat terserlah sisi baik dan comel saya dan dia memilih untuk bersyukur,

Suami yang setakat 6 tahun ini yang banyak menjadi asbab untuk saya lebih taat kepada Engkau,lebih menjaga diri,lebih memperbaiki akhlak dan lebih memaknakan kehidupan. Kerana saya yakin, seorang isteri perlu lebih lagi dalam soal menjaga diri dan akhlak.

Buruk yang saya buat, maka buruklah maruah suami saya.

Sungguh, kerana itulah setiap satu perkara yang ingin saya lakukan, saya dahului dengan pertanyaan kepada diri,Adakah apa yang saya akan buat ini akan menambah redha Allah dan redha suami saya atau tidak?

Terima kasih suamiku..sebagai kawan,suami dan ayah kepada anak kami..
 
Ya Allah kau permudahkan lah perjalanan kami,berikanlah kami kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan..moga hingga ke hujung nyawa..

Amin..

No comments:

Post a Comment