Pages

March 31, 2014

Syukur..rezeki dari Allah..

Syukur pada Allah atas rezeki ini..aku pregnant jugak akhirnya setelah beberapa lama mencuba..mungkin ini lah dikatakan ketetapan dan juga kuasa Allah..bila dah tiba masa dia akan beri..cuma kita saja jangan mudah putus asa..Alhamdulillah..

Kalau diikutkan ni kali ke 4 aku pregnant..sebelum2 ni miscarriage 2kali..so doakan kali ini aku berjaya ye..rayyan pun dah 5tahun,teringin nak ada adik.

Sekarang ni dah masuk 9weeks..buat masa sekarang still xde apa2 alahan..makan lalu je..muntah2 pun tak..cuma aku rasa letih ja,bila malam pukul 9 aku dah zzzz...actually masa aku mengadungkan rayyan pun camni jugak..perut nak masuk 8 bulan pun still pergi holiday kat cameron highlands haha..

Sekarang ni kandungan pun masih belum stabil..kena berjaga-jaga tak boleh aktif2 sangat.Yer la..aku ni kan jenis susah sikit nak lekat,so kena berhati-hati sket la..

Apa yang aku amalkan untuk mengandung?? aku pun tak tahu apa jawapan sebenarnya...yang aku tahu ni semua kuasa Allah..sebelum ni untuk persediaan nak mengadung aku cuma amalkan makan folic asid,pati delima n kadang2 kalau teringat aku makan jugak habbatus sauda..

Apa treatment yang aku buat?? yaa..aku ada refer o&g hospital seberang jaya..ikut cakap doktor aku ni PCOS sebab period tak menentu..bila scan telur nampak banyak berangkai tu tanda2 PCOS...mungkin sebab tu aku susah sket nak lekat..

Sebelum refer pakar o&g aku cuba sendiri dulu..

Actually aku cuba ttc dalam 1tahun 6bulan..masa tu rayyan 3tahun 6bulan dah (aku pakai iucd)..lepas 1tahun baru aku mengandung tapi kejap sangat..dalam 4minggu keguguran..aku makan GLA,b complex  n alfalfa shaklee..bulan pertama makan terus period tak datang 2 bulan..banyak buat upt sebelum tu tp -ve last2 masuk 2bulan baru +ve tapi samar2...dah tu,seminggu lepas tu miscarriage..

Lepas tu aku makan jugak shaklee tapi period aku terus tingtong..sampai cycle jadi 40-60 hari...lebih kurang 4bulan aku makan..last2 aku stop shaklee rasanya tak sesuai ngan aku..

Bila stop period jagi cam ok balik xsampai 40 hari cycle..so aku decide nak refer pakar,kat HSJ macam2 procedure kena lalui..amik darah,hsg n bla2...diorang dicide nak buat iui..aku kena makan clomid n metformin pastu mulalah dengan TVS..masuk hari ke 14 period,telur dapat 11mm ja...then doktor cakap stop pulak sebab  nampak tak bopa nak membesar..tunggu next cycle..makan clomid 3 biji pulak..

Tapi Allah maha kuasa..hari ke 35 cycle aku cuba buat upt..keputusannya positif!! jelas nampak 2 line tuh..rasa macam xpercaya ja..aku pun dah buat ultrasound minggu lepas..nampak semuanya ok..nampak kantung n ada nampak fetus dah berdenyut jantungnya..
 

Itu saja yang aku nak kongsi dengan kawan2 yang masih TTC..insyaAllah berkat usaha dan doa,moga Allah makbulkan.. 


March 18, 2014

Penang Interactive Museum..

Anniversary ke-7 kami cuma pergi short holiday kat pulau saja..dekat2 sudah save budget sikit haha!! walaupun tinggal kat pulau pinang tapi ada tempat yang kami belum explore cam penang interactive museum ni..museum ni baru lagi dibuka 1 November 2013..actually memang ramai kawan2 aku sendiri yang duduk dalam pulau pun xtau kewujudan museum nih..bila aku post pic kat fb ramai pulak yang tanya kat mana ni??

Lokasi museum ni betul2 kat depan jeti..ala tempat naik feri tu la..bangunan lama yang diubah suai sket n bersebelahan hotel royale bintang..tepi jalan je pun,kalau lalu jalan tu sure jumpa lah..

Museum ni adalah interactive 3D yang memaparkan mural dan photography untuk dijadikan satu bahan untuk bergambar dengan pelbagai kreativiti  kita..pergi sana macam2 gaya boleh tengok diorang buat..sorang2 bukan main teruja dengan gaya masing2..pic tu nampak macam biasa2 je..tapi bila kita ambik pic,akan nampak macam real tau..Mural-mural yang dihasilkan memaparkan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti makanan, tradisi, kehidupan jalanan dan lain-lain lagi.


Dibuka setiap hari  9.00 pagi hingga 6.00 petang. Beralamat di No.3 , Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.

Bayaran masuk :
 Student/kanak-kanak : RM 10 
(with ID Card)

Dewasa  : RM 15
(with Mycard holder)
RM  30
 (without Mycard holder)

  
  
 
  
  
  
 

March 13, 2014

Kampung Halaman..

Tak de apa nak citer sebenarnya..just nak share moment2 indah kalau balik kampung..dapat menikmati masakan mak,menghirup udara segar dan melupakan sejenak alam perkerjaan yang menuntut sepenuh komitmen!

Kampung aku jauh di pendalaman,Kuala Nerang Kedah...tapi kini sudah banyak berubah..sudah banyak membangun..dah ada macam2 kemudahan berbanding zaman aku bersekolah dulu..alhamdulillah..

Mungkin bagi orang lain biasa2 saja..tapi inilah moment2 yang bermakna bagi aku..
 
  
  
  
  
  
 

March 12, 2014

Samila Beach,Songkla..

Actually aku dah lama teringin nak pergi bergambar ngan mermaid kat samila beach ni..tapi tu la sebelum ni xberani la nak pergi 3 beranak je masuk thailand..alhamdulillah lepas adik aku kawin laki dia selalu ulang alik masuk thailand pasal bisnes..kami pun apa lagi kan,tumpang sekaki!

Mula2 sampai samila beach xjumpa pun mermaid..so kami decide nak singgah lunch dulu..walaupun kedai biasa2 je tepi jalan tapi sangat sedap tomyam dia..ikan bakar pun sedap..fresh!!

Punya la cari kat mana la mermaid ni sebenarnya..lepas pusing punya pusing,siap tanya orang yang jual tepi jalan akhirnya sampai jugak la kami kat situ..cantik jugak pemandangan dia..lepas ni aku plan nak pergi stay 1 malam area beach tu..
 
 
  
 

March 5, 2014

Songkla Zoo,Thailand..

Ni adalah trip mengejut sebenarnya..tak plan pun nak pergi,decide pun last minute..esok pagi tu nak pergi,petang sebelumnya baru aku decide..keja berlambak kat opis,takkan aku nak tinggal macam tu je kan? Fuhhh..tepat jam pukul 5 baru settle semuanya..huhu yeayy boleh pergi!

Kisahnya 3 hari sebelum pergi tu aku rasa teringin sangat nak makan pulut ayam kat Dannok,cakap kat hubby,adik n ipar diorang ajak pergi!! tapi aku xberani bagi keputusan lagi time tu..seriously aku memang dah jatuh cinta dengan masakan orang thailand..tak kira la kedai mana pun yang kami singgah semuanya sedappp sangat!
 
 
Akhirnya buat keja gila..pergi thailand pagi2 buta n balik malam...walaupun singkat tapi happy! Actually sebelum bertolak kami xdecide nak pergi mana2 lagi..bila dah masuk thailand,sembang2 terus jadi pergi songkla terus..sebelum ni dah pergi hatyai..kali ni tempat lain pulak...

Destinasi pertama pergi zoo dulu..besa lah anak n hubby aku memang suka sangat bab2 binatang nih..nasib baik la naik ford ranger adik ipar aku,tak sangka pulak zoo sangat lah besar,berbukit-bukit n siap ada waterpark..yang best nya sangat murah..dewasa RM15 n kanak2 RM7..kalau tak de transport jenuh la nak menunggu ketapi kecik penumpang macam dekat zoo kita jugak la..tapi besar sket.

 

 
 
 Anak aku kalau dah nampak waterpark confirm la buat perangai nak mandi jugak..tak kira la apa pun aku n hubby pujuk tak menjadi punya..last2 bagi la jugak mandi walaupun sekejap..lantak la,mandi la ngan anak2 siam haha..diorang pun friendly ja..sewa seluar mandi n topi rm2 je..murahkan?
 
 
Lepas anak aku siap2 mandi kami ke samila beach pulak..nak tengok duyung.