Lokasi museum ni betul2 kat depan jeti..ala tempat naik feri tu la..bangunan lama yang diubah suai sket n bersebelahan hotel royale bintang..tepi jalan je pun,kalau lalu jalan tu sure jumpa lah..
Museum ni adalah interactive 3D yang memaparkan mural dan photography untuk dijadikan satu bahan untuk bergambar dengan pelbagai kreativiti kita..pergi sana macam2 gaya boleh tengok diorang buat..sorang2 bukan main teruja dengan gaya masing2..pic tu nampak macam biasa2 je..tapi bila kita ambik pic,akan nampak macam real tau..Mural-mural yang dihasilkan memaparkan gaya hidup masyarakat yang terdapat di Penang seperti makanan, tradisi, kehidupan jalanan dan lain-lain lagi.
Dibuka setiap hari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Beralamat di No.3 , Pengkalan Weld, George Town, Pulau Pinang.
Bayaran masuk :
Student/kanak-kanak : RM 10
(with ID Card)
Dewasa : RM 15
(with Mycard holder)
RM 30
(without Mycard holder)







No comments:
Post a Comment