Holiday April 2012 - Part 2
Lepas melawat ke Zoo Negara..hari pun masih muda tambahan cuaca pun elok jer,kami terus bergerak menuju ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.Perjalanan tak la jauh sangat..lebih kurang 30minit je.Kami singgah sekejap kat Perhentian Genting Sempah untuk lunch n solat jamak.
Bukit Tinggi ni dekat hinghway karak.. Kalau dari KL, lepas Plaza Tol Gombak, bayar RM5.. drive terus menghala Kuantan, lepas terowong, lepas pada Kawasan Rehat Genting Sempah, drive ke depan lagi, dah nampak signboard Bukit Tinggi, susur ke kiri dan follow je lah sampai ke atas (Colmar Tropicale). Difahamkan sebelum ni, Bukit Tinggi ni dinamakan Berjaya Hills sebab Berjaya Group yang uruskan Bukit Tinggi sebelum ni dimiliki oleh Vincent Tan.. :)
Colmar Tropicale ni betul2 terletak kat puncak Bukit Tinggi tapi tak la sejuk pun,sebelum masuk kena lalu kat post guard n kena bayar rm 12 (dewasa) n rm8 (kanak2)..bila sampai kat atas tu aku terpegun tengok bangunan2 ala Perancis..tiba2 dok feeling ada kat Perancis pulak dah haha..banyak gak mat saleh lepak sana..
Kat entrance..
Bunga-bungaan segar yang cantikkk!!
Time ni dah mula feeling dok kat Perancis!!
Something rare and gorgeous@ Colmar Tropicale!!
Kiri kanan bangunan tu adalah hotel..of course la mahal2 kan..n kat bahagian bawah bangunan ada beberapa cafe yang jual makanan wastern yang harganya mencekik darah..sebelum pergi sana elok lah makan dulu yer..ada gak jeling2 tengok menu..fruit juice rm6 n spagetti rm30++ yang tu ja aku ingat..kami xmakan pun sebab ada jual minuman keras so agak meragukan..
Selain tu ada jugak kedai yang jual barangan cenderamata..aku setakat window shopping je la..kebetulan time kami sampai tu ada show minah2 saleh dok menari atas pentas..pakaian seksi tak heeengattt!! jantan2 melayu punya la dok gigih menengok haha..yang bini dok sebelah pun layan jugakkk.. :P
Kat luar bangunan pulak ada taman n kolam ikan..sangat cantik view kat sini!!
Selain bangunan ala2 Perancis ni ada jugak disediakan shuttle utk ke Japanese Village n Animal Farm..shuttle ni free je bergerak 1jam sekali dan dah siap ada jadual dier..1 shuttle pergi 1 tempat je.Tapi kalau nak pergi naik keta sendiri pun boleh je..kami xpergi pun sebab time tu dah nak hujan..next time datang lagiiiii....