Pages

May 21, 2012

CHICKEN CHOP @ LE BOSS CAFE


 
Ni adalah 1st time kami pergi makan kat Le BOSS..sebelum ni tengok2 camtu jaa..dekorasi nampak cam menarik dari luar..mulanya nak makan kat Arabian Mendy,bila sampai tengok xbuka lagi..another choice Le BOSS la..
 
Aku ada jugak google pasal cafe ni..dengar kata chicken chopnya sedap,teringin jugak nak try..tengah2 ari dah makan checken chop ka?? haha..belasah je laaa..
 
Bila masuk..orang pun xde lagi,kami je time tu.. pukul 12 tengah hari..aduhh,boleh ke aku lunch makan chicken chop ni?? dah la aku ni xbopa suka makanan wastern2...tapi kalau xcuba bila lagi kan?? 
 
So haruslah mencuba chicken chop..kat sini lain sket,boleh pilih 2side dish..aku amik checken chop BBQ sauce + spagetti + nasi goreng n hubby plak pilih black papper sauce + spagetti + fries..harga tiap 1 set rm10.90..


Pic xbopa clear sebab suasana kat dalam cafe ni agak suram ala2 romantik gitu..dekorasi dalamannya lain dari yang lain..makanan pulak bagi aku biasa2 ja..tp agak menarik sebab boleh pilih side dish apa yang kita nak..total harga makanan n minuman termasuk tax RM30.60..

Sempat jugak aku snap pic..sambil2 bawak rayyan main sementara nak tunggu makanan sampai..
 
 





 

May 17, 2012

SABARLAH WAHAI HATI..

 

Sabarlah wahai hati...

Jika jatuh mungkin mudah untuk bangkit semula, tapi bila jatuh dan terus aku tersungkur sungguh menyeksakan bagi diri aku untuk menahan kesakitan apatah lagi untuk cuba bangun semula. Tiada lagi air mata membenarkan aku menuding perasaan ini. Disebalik senyuman yang masih terukir, hati berderai yang tak mungkin disatu kembali. Pahit dan perih terpaksa ku telan demi meneruskan hidup ku sendiri...

Aku tahu yang tidak sepatutnya aku persoalkan takdir Tuhan namun aku manusia biasa yang lemah dalam dugaanNya.

Disebalik senyum ini,tersembunyi seribu kelukaan
luka yang nampak sembuh,tapi parutnya kekal ada
ada hirisan-hirisanyang tak mungkin hilang
untuk selamanya..

ada duka disebalik senyum..
ada tangis disebalik senyum
seribu maksud yang tersurat dan tersirat..
biarlah..biar tiada siapa pun tahu..

Ingin ku kembalikan senyum ria

biarpun luka-lukaku masih berparut..
biar tiada siapa sedar..biar tiada siapa tahu..
kisah hidupku..tak penah pergi dari menyelubungi hidupku..

 Aku masih sedar siapa aku..aku masih sedar dari mana datangnya aku..
Disebalik senyuman itu,tersirat seribu makna
tersimpul seribu cerita disebalik kisah duka.

Senyumlah,

di sebalik duka,senyumlah di sebalik suka
senyumlah wahai hati kecil ini..

Aku telah letih menerima takdir itu..

May 15, 2012

BERSIHKAN DIRI DENGAN ZAKAT

 
Kalau awal tahun lalu kita berkira-kira kenaikan gaji 13% yang diberikan kerajaan..tapi kini kita dah pun menikmatinya..tunggakan pun dah dapat.Sudah pasti kita semua tersenyum gembira..terasa ringan sedikit bebanan kita.Malahan ada yang sudah berkira-kira nak buat pinjaman..nak tukar kereta baru dan sebagainya..nak tambah anak juga..opppsss!!

Tapii..dalam kegembiraan dan kesenangan yang kita dapat..tidakkah kita ingat akan tanggungjawap kita sesama manusia?? tidakkah kita ingat untuk mengeluarkan zakat atau seumpamanya??

Rata2 beranggapan..alah gaji bawah 2k xpayah bayar zakat..gaji yang ada pun xberapa nak cukup...nanti2 la ada anak banyak nak guna duit..dah potong gaji sebelum ni cukup la tu..

Amboii..antara ratusan yang kita dapat,xmampukah kita kalau nak tambah rm5 lagi ke contohnya nak buat potongan gaji bulanan??kerana tambah rm5 itu akan miskin kah kita??

Tapi mampu pula beli pakaian baru setiap bulan..berkereta besar..bertukar handphone baru?? renung2 kan lah..malulah kita pada Allah,rezeki yang diberikan xpenah putus tapi kita tidak mampu membantu sesama umatNya..

Pengertian zakat:

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan''BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
 

May 14, 2012

HOLIDAY LANGKAWI -Part 2

 Day 2 :

KILANG GAMAT SIREH LAGENDA LANGKAWI
Hari kedua selepas geng KMPP habis bengkel jam 11pagi kami semua dibawa ronda2.Destinasi pertama ialah ke kilang memproses minyak gamat Sireh Lagenda Langkawi berdekatan dengan Makam Mahsuri.Produk2 yang dijual kebanyakan dibuat daripada gamat seperti minyak angin,air gamat n macam2 lagi yang berasakan kecantikan dan kesihatan.


 


 Kat sini ada pameran gamat..para pelancong boleh tengok n cuba rasa sendiri gamat yang baru diproses.Kami xde la shopping banyak barang kat situ..cuma beli 2 dozen minyak gamat je sebagai buah tangan untuk jiran2 :)

 
kawah minyak gamat

MAKAM MAHSURI
Destinasi ke 2 ialah ke Makam Mahsuri,bayaran masuk rm5 untuk dewasa.Kali ke2 jugak aku datang melawat..xde apa perubahan pun cuma pintu masuk ja yang berubah haha..alang2 diorang bawak ke sini masuk je la..
 
Landskap kat luar n dalam kawasan makam mahsuri ni menarik,bagi sesiapa yang xpenah sampai sini maybe rasa excited..tapi bagi yang penah datang maybe akan rasa agak boring sebab xde banyak perubahan pun. 



 
 
Selain ada makam mahsuri ada jugak beberapa unit contoh rumah melayu lama dulu2 yang kini kian pupus..semua dok pakat bina rumah batu ja..dapat la jugak tunjuk kat rayyan generasi zaman moden sekarang.. 

UNDERWATER WORLD
Destinasi ke 3 ialah ke underwater world..rayyan memang minat sangat tengok ikan n hidupan laut..bayaran masuk rm22 dewasa n kanak2 rm11.Dapat diskaun sebab datang berkumpulan..1st time aku datang sini,anak punya pasal layan je laa..
 
selain ikan,ada juga hidupan lain..

burung pun ada..
 
macam2 jenis ikan yang ada..
Selain dapat tengok ikan ada jugak penguin yang sangat cuteee..geram tegok bila penguin2 tu berjalan!! 
 

 

Selesai merondo tiba sesi shopping pulak...mula2 ke Rams,pastu Haji Ismail Group n last skali ke Idaman Suri.. :)



May 11, 2012

HOLIDAY LANGKAWI -Part 1

 
Holiday Mei 2012

Kami sekeluarga pergi bercuti lagiik..kali ni ke Pulau Langkawi.Actually tak rancang pun,kebetulan office hubby ada buat Bengkel Pemantapan Sahsiah 3hari 2malam kat sana.Mantap la sangat kann?? siap boleh bawak family lagi haha..jenjalan je sebenarnya yang lebih..dah hubby ajak,aku ikutkan je..konon!! sapa2 yang nak bawak family bayar hotel sendiri..bayar pun bayar lah,ikut tetap ikuuuttt :P

Kami bertolak 4 Mei 2012, jam 8.00 pagi naik bas KMPP..sampai jeti kuala perlis pukul 12.30 tengah hari..relax2 dulu sebab feri kami pukul 2 petang..orang ramai jugak walaupun bukan musim cuti sekolah..


 muka boring dok menunggu..

Kami sampai jeti langkawi pukul 3.40 petang..terus pergi check in kat Insitut Pengurusan  Peladang dekat pekan kuah..kat situ la jugak geng KMPP ni buat bengkel..murah jugak stay sini..

IPP Langkawi

Check in pun dah pukul 4.00 petang,masing2 dah lapar..masuk bilik mandi n solat dulu pastu baru keluar pergi pekan kuah jalan2 cari makan n ronda2.Kami xsewa kereta sebab dah ada bas untuk bawak kami jenjalan keesokannya..jadinya kami call van je utk pick up ke town..rm2 je sorang :p

Van tu drop kami kat depan kedai Haji Ismail Group..so pandai2 la bawak diri yer.Mula2 pergi mkn dulu pastu baru meronda..

Kami plan nak pergi Rams Home Decor kat Pekan Rabu..tak penah sampai lagi kedai ni,kawan yang suggest katanya langsir murahhh!! jalan kaki je la nak kesana xjauh sangat pun.

Dalam perjalanan singgah ke Al Ikhsan dulu..window shopping n snap pic..





Yang kat atas tu,on the way nak ke pekan rabu..actually senang je nak cari kedai Rams Home Decor ni,cari kedai HPA jumpa la kedai Rams..

ni la kedai Rams




sesi borong langsir rayaaaa..

Tengok la langsir2 kat atas tu..camna la aku x meroyan kejap..gila2 punya cantikkk n murah!! aku rambang mata xtau nak pilih yang mana satu.Last2 sekali minta hubby yang pilih..dia kata grey cantik,terus aku grab 7 keping..1keping rm30 jerr..mana nak dapat harga camtu kat penang ni?? Yes..dah ada langsir raya hahaha..

Kat rams ni macam2 ada juai dari pinggan mangkuk segala bagai..ada beg,cadar,kain batik,pelikat sampai la ke perfume.Kat sini saja pun dah xlarat nak beli..cuma spare duit je laa :P

Langsir dah dapat..cadar dah dapat..balang candy pun dah dapat..bawak2 la balik hotel sebab hari pun dah nak malam..dinner ada disediakan.Kami balik naik teksi je kena bayar rm6,murah jugakkk..

Bersambung....

May 9, 2012

KU SYUKURI NIKMAT MU..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEissp34dWuHmk02whClhi8hOsj5D7QFxLc_LEhLwyIEkEvrhz_5w5yfmGjGsBtV5JtAAZvBfKKIUdJZghq1z7q6TkivCpXKKdlZ1ZbId-jvObwoOOqxs-u4U2ZAA-q83U59wfa-CjOLlz8/s400/nikmat-1.jpg 

 Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya..

 



Aku syukuri nikmat mu ya Allah..

Kau pertemukan kami..kau jadohkan kami diusia muda..
Kau kurniakan aku suami yang memahami..
Kau berikan kami rezeki yang berpanjangan..
Kau tunjukkan kami hala hidup..

Kami ada kerja tetap utk menyara kehidupan kami sekeluarga..walaupun bukan bergaji besar..
Kami ada rumah untuk berteduh..walaupun bukan mahligai..
Kami ada kereta untuk bergerak..walaupun bukan kereta mewah..
Kami ada anak yang sedang membesar..cukup2 sempurna..

Dikala kami alpa..kau berikan kami cahaya..
Kau berikan aku peluang untuk bergelar anak,isteri dan ibu.. 
Moga kami terus dibawah lindungan Mu..
Amin...


May 8, 2012

ANTARA BELAJAR N MENGAJAR

 

 Aku sekarang ni kepeningan dalam kekalutan..kalut ngn kerja opis yang berlambak xde gap..xsempat abis letih buat satu bab..dah kena pulun buat yang lain pulak.Agak terkejar2 sebenarnya walaupun nampak under control..Alhamdulillah setakat ni dapat hadapi dengan baikkk.. 

Kerja bahagian kewangan memang lah sentiasa sibukk..semua benda nak urgent ja,bab2 gaji ni sensitif skett!! Kena ada ketahanan mental yang kuat actually..biasa la xkena gaya kena bambu dulu walaupun xtahu hujung pangkal..sabar..sabarrrr

 Memandangkan jiran sebelah aku dah start bercuti bersalin 3bulan..tiba-tibaaaa aku kena take over,amik kau!!

Berpeluh jugak la dengar..risau semua ada...tapi jauh di sudut hati aku terima berita ni dengan redhaaaa hahah..nak cakap apa lagi kan?? 

"saya yang menurut perintah" 

 Ada lagiii..keja aku akan ada pembantu nak mai menolong..dalam masa yang sama kena belajar keja baru n mengajar pembantu ituu.Aduhhh..boleh ka ni?? cikgu pun ala2 gelong gitu!!

Apapun..orang dah bagi kepercayaan kena la pikir yang positif2 jaaa..anggap la sebagai cabaran..peluang tunjukkan kebolehan..jangan merungut sebelum mencuba..komitmen kena ada..yakin boleh!!! 

May 7, 2012

2nd TIME AT YOGO GOYO

yogurt ice cream

Ni 2nd time kami pergi makan ice cream yogo goyo..jangan x tahu aku n rayyan adalah peminat ice cream..lepas makan nasi mendy teringin nak pekena ice cream pulak..lagipun kedai ni berdekatan je..masa tu pun dah pukul 11 malam..kedai pun dah xde orang, sunyi sket..apalagi!! anggap je la kedai tu macam kami punya..siap boleh posing2 lagiii :P

 hubby gigih dok picit ice cream :)

letak aksesori sket..

Aku ambik perisa coklat,vanilla n yam jaa..timbang2 total kena bayar rm14.30 boleh tahan la jugak yer..xpe la bukan selalu pun.

macam2 perisa yang ada..

 sebelum makan posing dulu!

budak ni kuat makan ice cream..

Aku suka sangat dekorasi kedai ni..cute sangat!! cat pulak sama kaler ngn umah aku.Sofa pulak memang unik sket..selesa je dok kedai ni..orang pulak xramai :)

hiasan ala english..

unik kan kerusi putih tu??

Memandangkan dah lewat malam orang pun xde mood nak makan ice cream melainkan kami 3 beranak jaa..aku apa lagi mula la dok cewi posing2 amik gambar hahaha..sabo je la!!




May 2, 2012

ARABIAN MENDY@SUNGAI PETANI

nasi mendy

Nampak sedappp tak nasi mendy yang kat atas tu??? Dengan drumstik yang lembut..nasi yang panjang2 n lembut..memang serious sedap!!

Actually kami pergi makan nasi mendy ni malam sebelum cuti hari buruh..maklumlah esoknya cuti,gaji pun baru dapat..hubby la yang belanja :)

Lokasi kedai ni kat area Legenda Height..nama kedai dia Arabian Mendy.Dekat je ngan tesco..kedai xde la besar sangat..dari jauh boleh nampak singnboard yang colourful tuuu...

ni lah signboard nya..

First time aku sampai kedai ni..makanan not bad,aku sukaa je hubby pun kata sedap.Dapat info kedai ni pun hasil google tengok blog2 orang lain yang penah makan kat situ.Kami sampai kedai tu pun dah agak lewat dalam kul 10malam..tp orang still ramai lg..Memang nasi arab ni ada peminatnya yang tersendiri..termasuk la aku..

Bila sampai kat depan kedai ni..dari luar aku dah dapat bau-bauan dari dalam kedai..dah la tengah lapar.Nasib baik kami dapat tempat duduk dekat2 dengan kaunter..so mula lah belek2 menu apa nak makan..harga ok la sedang2 xde la mahal mana pun..mampu lagi laaa..menu pun macam dah nak hancurrr hahaha :P

Finally..kami order nasi mendy untuk 2orang makan (rm18),2botol (rm4 sebotol) air barbican perisa resberry n epal dan arabian salad (rm3)..nasi mendy ni dimakan dengan air asam n kuah sup..tengok my rayyan berselera sangat makan!!

air barbican

arabian salad

nasi mendy

Nasi tu nampak banyak kan..memang kenyang abisss!! aku rasa memang worth it rm18 set nasi tu sebab ayam sangat besarrr...lain kali pasti datang lagiiii.