Pages

May 14, 2012

HOLIDAY LANGKAWI -Part 2

 Day 2 :

KILANG GAMAT SIREH LAGENDA LANGKAWI
Hari kedua selepas geng KMPP habis bengkel jam 11pagi kami semua dibawa ronda2.Destinasi pertama ialah ke kilang memproses minyak gamat Sireh Lagenda Langkawi berdekatan dengan Makam Mahsuri.Produk2 yang dijual kebanyakan dibuat daripada gamat seperti minyak angin,air gamat n macam2 lagi yang berasakan kecantikan dan kesihatan.


 


 Kat sini ada pameran gamat..para pelancong boleh tengok n cuba rasa sendiri gamat yang baru diproses.Kami xde la shopping banyak barang kat situ..cuma beli 2 dozen minyak gamat je sebagai buah tangan untuk jiran2 :)

 
kawah minyak gamat

MAKAM MAHSURI
Destinasi ke 2 ialah ke Makam Mahsuri,bayaran masuk rm5 untuk dewasa.Kali ke2 jugak aku datang melawat..xde apa perubahan pun cuma pintu masuk ja yang berubah haha..alang2 diorang bawak ke sini masuk je la..
 
Landskap kat luar n dalam kawasan makam mahsuri ni menarik,bagi sesiapa yang xpenah sampai sini maybe rasa excited..tapi bagi yang penah datang maybe akan rasa agak boring sebab xde banyak perubahan pun. 



 
 
Selain ada makam mahsuri ada jugak beberapa unit contoh rumah melayu lama dulu2 yang kini kian pupus..semua dok pakat bina rumah batu ja..dapat la jugak tunjuk kat rayyan generasi zaman moden sekarang.. 

UNDERWATER WORLD
Destinasi ke 3 ialah ke underwater world..rayyan memang minat sangat tengok ikan n hidupan laut..bayaran masuk rm22 dewasa n kanak2 rm11.Dapat diskaun sebab datang berkumpulan..1st time aku datang sini,anak punya pasal layan je laa..
 
selain ikan,ada juga hidupan lain..

burung pun ada..
 
macam2 jenis ikan yang ada..
Selain dapat tengok ikan ada jugak penguin yang sangat cuteee..geram tegok bila penguin2 tu berjalan!! 
 

 

Selesai merondo tiba sesi shopping pulak...mula2 ke Rams,pastu Haji Ismail Group n last skali ke Idaman Suri.. :)



1 comment:

  1. Underwaterworld dah x sehebat dulu mcm sblm kes keracunan tangki utama

    ReplyDelete