
Kalau awal tahun lalu kita berkira-kira kenaikan gaji 13% yang diberikan kerajaan..tapi kini kita dah pun menikmatinya..tunggakan pun dah dapat.Sudah pasti kita semua tersenyum gembira..terasa ringan sedikit bebanan kita.Malahan ada yang sudah berkira-kira nak buat pinjaman..nak tukar kereta baru dan sebagainya..nak tambah anak juga..opppsss!!
Tapii..dalam kegembiraan dan kesenangan yang kita dapat..tidakkah kita ingat akan tanggungjawap kita sesama manusia?? tidakkah kita ingat untuk mengeluarkan zakat atau seumpamanya??
Rata2 beranggapan..alah gaji bawah 2k xpayah bayar zakat..gaji yang ada pun xberapa nak cukup...nanti2 la ada anak banyak nak guna duit..dah potong gaji sebelum ni cukup la tu..
Amboii..antara ratusan yang kita dapat,xmampukah kita kalau nak tambah rm5 lagi ke contohnya nak buat potongan gaji bulanan??kerana tambah rm5 itu akan miskin kah kita??
Tapi mampu pula beli pakaian baru setiap bulan..berkereta besar..bertukar handphone baru?? renung2 kan lah..malulah kita pada Allah,rezeki yang diberikan xpenah putus tapi kita tidak mampu membantu sesama umatNya..
Pengertian zakat:
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan''BERKEMBANG”
Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan
harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan
bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat
dengki dan dendam terhadap orang kaya.

No comments:
Post a Comment