Pages

March 27, 2013

Ayam Masak Merah..

 

Sebelum ni penah share resepi ayam masak merah yang simple..tapi kali ni nak share pulak resepi yang agak2 tradisional pulak..hubby punya request,siap nak letak kacang hijau..kebetulan weekend jadi aku beriya la sket memasak..bahan2 pun ada..

Bahan2:
ayam
cili kering
sedikit santan
sos cili
bawang merah/putih
halia
lengkuas
serai 
asam keping
 Cara2:
-Goreng ayam separuh masak
-Tumis bawang halia serai lengkuas (blend)
-Masukkan cili kering yang dikisar n sos cili
-Bila naik minyak masukkan garam gula n santan
-Kemudian masukkan kacang peas n ayam  

March 26, 2013

Anniversary Holiday...

Aku n hubby memang sukakan yang simple2 aja..maybe cara kami xsama cam orang lain..dan kami bukan la jenis yang romantik gilerrr..tapi kesian la jugak kat aku ,orang lain kalau anniversary paling kurang pun dapat bunga sejambak ke kan..aku ni bunga taik ayam sekuntum pun xpenah dapat kot hahaa...hubby aku cakap membazir..baik dia belanja aku makan..kenyang pun kenyang.Apa2 jela..nasib aku ni kuat makan,berbaloi la jugakk.. 

Kali ni siap ada short holiday pulak..pergi island je pun,tido hotel satu malam.Sempat lagi tu..walaupun kelam kelibut dok pergi cari barang untuk renovation rumah haha..kesian jugak kat anak yang excited sampai dah meragam sebab letih ikut mak bapak pergi kedai tiles..anak aku ni memang suka sangat pergi hotel..layankan je la..

sempat posing lagi..

Actually kami stay kat Tune Hotel..aku booking awal sebab ada promotion..murah giler tapi tu laa tengah2 town susah nak cari parking lebih2 lagi weekend..puas jugak pusing n last2 ada parking berbayar n ada guard..esoknya pagi2 kami keluar kena caj rm22..amik kau terkesima kejap..redha je la,janji keta dalam keadaan selamat..

Aktiviti seterusnya bawak si rayyan nih pergi mandi manda kat kolam taman belia..senang citer dah tu ja yang dia nak..aku fobia sket kalau nak bagi anak mandi laut..risau sesangat..aku sendiri pun dah lama xmandi laut..



Sebelum balik..kami singgah Queensbay reronda n makan kat Seoul Garden yang kebetulan baru ja dibuka..xrancang pn sebenarnya nak makan situ..kebetulan lalu tertarik tengok decoration kat bahagian luar..teringin pulak nak makan..harga boleh tahan,sesuai bagi sesapa yang suka makan steambat n grill..bagi tekak aku biasa2 ja..






Nak jugak tempek pic aku n anak ngn wallpaper kiut ni..

March 15, 2013

Anniversary ke 6!!



 

Bulan ni genap sudah 6 tahun usia perkahwinan kami..rasa macam baru ja aku kawin..xterasa masa yang berlalu..banyak pengalaman pahit manis yang kami dah lalui..xrugi kawin muda,anak pun dah umur 4 tahun..kadang2 sempat jugak dating berdua hahaha..maklum la anak dah masuk tadika :P

Pic kat atas tu masa pergi honeymoon kat cameron 6 tahun lepas..muka xder banyak beza cuma masing2 sudah gemokkk..xpe la janji sihattt keeennn!! haha nak kata apa lagi kan??

Anniversary kali ni macam selalu..kami xde celebrate sakan..biasa2 ja.Aku seperti biasa amik cuti 1 hari n kami akan kuar pergi breakfast sesama window shopping n tengok wayang..just spent time together..no party2 ok..simple.

Ujung minggu pulak aku angkut anak skali untuk short holiday... bukan pergi mana pun cuma check in hotel 1 malam area Penang..sebabnya anak aku suka tido hotel n mandi kolam..pastu pergi makannn.Kalau bab makan..memang kesukaan anak beranak laaa..haha ok la nanti tu citer kemudian..

Bab hadiah pulak..ikut jugak la tapi xde la barang2 mahal cukup la sebagai tanda ingatan n kenangan..kali ni kami just tukar cincin..apa2 je la kan..asal happy.






March 1, 2013

Kalau lah suami tahu..

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Derma darah..

 

Minggu  lepas buat pertama kalinya aku derma darah..tu pun secara spontan ja..xde plan pun sebenarnya.pagi tu pergi opis secara xsengaja kawan ajak menderma sempena kempen derma darah..pihak hospital pulau pinang datang usm..

Sebelum ni xpenah try pun..n xamik peduli pun aku ni kumpulan darah apa..bila pregnant dulu baru aku tau yang aku ni darah jenis O+ nah..amik kau haha susah dapat jugak tu...atas sebab tu jugak aku pun dengan rela hati nak menderma..mana tau satu hari aku sendiri perlukan penderma..kalau bukan aku sekali pun maybe anak atau saudara mara aku sendiri..mungkin jugak darah yang aku dermakan ni akan menyelamatkan nyawa seseorang..mana tahu kan??

Ada jugak aku dengar cakap2 orang berat badan akan naik n selera makan bertambah bila derma darah..ada jugak betulnya kot aku perasan memang pelahap jugak laa jadinya..alah tu bukan alasan sangat..xderma darah pun gemok serupa tu jugak hahaha...xpenah kurus pun kan?

Ni aku ada nak share sket info kebaikan derma darah..pikir yang baik2 sudah..nak derma biar ikhlas :)
 
Kelebihan menderma darah:-
1. Meransang tubuh badan untuk menghasilkan banyak sel-sel darah yang baru. Secara tidak langsung, menyihatkan tubuh badan memandangkan sel-sel darah baru berkeupayaan membawa oksigen dengan lebih berkesan.

2. Kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.

3. Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka.

4. Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).