Pages

March 1, 2013

Derma darah..

 

Minggu  lepas buat pertama kalinya aku derma darah..tu pun secara spontan ja..xde plan pun sebenarnya.pagi tu pergi opis secara xsengaja kawan ajak menderma sempena kempen derma darah..pihak hospital pulau pinang datang usm..

Sebelum ni xpenah try pun..n xamik peduli pun aku ni kumpulan darah apa..bila pregnant dulu baru aku tau yang aku ni darah jenis O+ nah..amik kau haha susah dapat jugak tu...atas sebab tu jugak aku pun dengan rela hati nak menderma..mana tau satu hari aku sendiri perlukan penderma..kalau bukan aku sekali pun maybe anak atau saudara mara aku sendiri..mungkin jugak darah yang aku dermakan ni akan menyelamatkan nyawa seseorang..mana tahu kan??

Ada jugak aku dengar cakap2 orang berat badan akan naik n selera makan bertambah bila derma darah..ada jugak betulnya kot aku perasan memang pelahap jugak laa jadinya..alah tu bukan alasan sangat..xderma darah pun gemok serupa tu jugak hahaha...xpenah kurus pun kan?

Ni aku ada nak share sket info kebaikan derma darah..pikir yang baik2 sudah..nak derma biar ikhlas :)
 
Kelebihan menderma darah:-
1. Meransang tubuh badan untuk menghasilkan banyak sel-sel darah yang baru. Secara tidak langsung, menyihatkan tubuh badan memandangkan sel-sel darah baru berkeupayaan membawa oksigen dengan lebih berkesan.

2. Kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.

3. Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka.

4. Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

No comments:

Post a Comment