Pages

October 12, 2017

Cameron Highlands...part 2

Bersambung dari part 1..

Hari ke 2 selalunya barulah pergi reronda..tapi kebanyakannya repeat tempat yang sama..camni lah sebenarnya cameron semua tempat jual benda yang sama je tapi pepandai lah tengok harga kalau nak membeli tu..bagi aku yang selalu pergi ni memang xde nafsu nak borong itu ini yang semua berkonsepkan strawberry tu..just nak pergi utk relax2 je..nak tengok bunga2 cantik n segar..

Bagi yang tak pernah atau jarang2 pergi tu aku cadangkan boleh pergi ke Mardi, tempat ni berbayar tapi murah je lah tak silap RM3..kat dalam tu ada taman yang penuh dengan bunga n landskap pun agak menarik..





Kalau dah datang CH tak pergi ladang teh memang tak sah lah kan..tapi kali ni tak kuasa pergi ladang tea boh..kami just pergi kat cameron bharat n cameron valley je..nak pergi boh tu jalan mencabar sikit..kat sini pun ok sangat dah setakat nak ambik pic cantik2..

Lagi satu..ko jangan ingat datang ladang teh sekalipun teh kat situ murah giler okeh..1 mug tu cecah rm6 haha..ampeh!


Boleh jugak cuba naik truck pergi ke puncak cameron valley..best jugak dapat rasa pengalaman baru..sorang kena bayar rm10..dia akan antar korang kejap dalam 15 min camtu nanti akan ambik balik..sempat lah layan view kejap..











Singgah kea farm beli sayur2 sikit..ok dah boleh balik..tahun depan datang lagi hahah..


No comments:

Post a Comment