Pages

October 30, 2017

Penang to Bangkok..part 5

Sambungan dari part 4..

Hari ke 3 kami pergi Pasar Chatuchak iaitu pasar terbesar kat Bangkok..serius tak larat jalan macam2 ada dari barang2 bundle,kasut,kain baju,kraftangan,makanan mcm2 lah..aku pun tak sempat nak jejak semua..dari barang2 yang comel sampai ke pelik2 semua ada..

Lagi satu semua makanan aku nampak sedap je diorang present..taki tak boleh lah nak bedal asal boleh je kan..tapi aku tak boleh lupa makan nasi komok kat sini memang sedap n halal..sampai harini dok teringat..bila lah nak pergi pulak ni??

Mujur lah aku bawak ssc nak gendong si rayqal ni..kalau tak mau patang pinggang ke herot pun aku tak tau lah..adoii bukan main berat betul budak ni..kat pasar ni orang memang sesak lah..ala2 pasar sehari tapi ada jugak macam lot2 kedai..kalau hujan ke panas memang susah sikit lah degan bawak anak..nasib lah dia behave jugak n ada masa lah dia meragam..

Walaupun tempat ni jual segala macam benda tapi aku xde lah nak beli apa sangat pun..ronda2 tengok barang je belinya cuma sabun hiasan yang memang kiut miut..pelbagai bentuk n bau wangi rasa macam nak makan je tau...











Bersambung part 6..

No comments:

Post a Comment